CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

[Johor] Bunyi macam helikopter mendarat, zink terbang macam sampah

[Copy link]
Post time 11-10-2023 11:10 PM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: "Bila nampak awan keputihan, hati saya mula tak sedap. Saya tak sempat buat apa-apa, datang hujan lebat disusuli petir serta angin berpusar," kata bilal, Sahid Lakiman, 73, selepas sebahagian besar bumbung rumahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut, semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang ketika bilal Surau As Syakirin Kampung Sungai Kalong Getah, Senggarang bersama isterinya, Wahyunah Yusof, 68, sedang berehat di rumah.

Menceritakan pengalaman menakutkan itu, Sahid berkata, pada mulanya dia mendengar petir dan guruh sebelum melihat awan keputihan di luar rumah.

"Pada hari kejadian, petir dan mendung lain macam dan kemudian hujan lebat disusuli kilat. Tidak lama selepas itu, angin kuat zink mula bertebangan macam sampah.

"Saya dan isteri duduk dalam rumah terdengar bunyi macam helikopter mendarat. Saya buka pintu hadapan lalu azan sebanyak 10 kali barulah ribut reda," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Kalong Getah, di sini.

Menurutnya lagi, betapa kuatnya angin menyebabkan ada 10 keping zink diterbangkan sekali gus sebelum jatuh bertaburan atas tanah.

"Saya sendiri melihat angin berpusing dengan zink dari belakang rumah melambung ke hadapan. Keadaan dalam rumah pada waktu itu seolah-olah musim banjir dengan air hujan membasahi semua ruang.

"Kejadian itu menyebabkan bumbung rosak kira-kira 80 peratus selepas hampir semua diterbangkan angin," katanya turut memaklumkan ribut berlaku dalam tempoh lebih seminit.

Rumah Sahid adalah paling teruk mengalami kerosakan dan dia bersama isteri kini menumpang rumah anaknya yang hanya terletak di belakang.

Salah sebuah rumah rosak apabila bumbung tercabut diterbang ribut di Kampung Kalong Getah, Senggarang. FOTO Alias Abd Rani.
Seorang lagi mangsa, Ishak Aziz, 67, berkata bumbung rumahnya diterbang angin sejauh 50 meter sebelum 'singgah' atas sebuah rumah di seberang jalan Senggarang-Pontian.

Katanya, sewaktu kejadian dia sedang baring atas kerusi di luar rumah sebelum melihat angin berputar-putar dari belakang sambil menerbangkan zink.

"Pokok kelapa depan rumah macam rukuk, kuatnya angin masa tu. Saya dan isteri, Rafeah Salleh, 65, hanya mampu azan dan melihat satu persatu bumbung terbang.

"Kali terakhir ribut berlaku di kawasan ini pada 1995 tetapi tidaklah sedahsyat ini. Yang ini paling mendebarkan dan apa yang berlaku semalam, seolah-olah berlaku di luar negara," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.365126 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list