Semakin ramai remaja di Itali menunjukkan simptom tekanan mental dan ketagihan kepada teknologi, menurut Persatuan Psikiatri Itali (SIP) pada Selasa, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Peningkatan masalah mental dalam kalangan golongan muda mula dikesan sejak bermulanya wabak Covid-19 pada awal 2020.
“Sekurang-kurangnya 700,000 remaja hari ini ketagih dengan Internet, rangkaian sosial dan permainan video. Semakin ramai juga didapati mengalami kebimbangan dan kemurungan,” kata Presiden SIP Emi Bondi, lapor Xinhua.
|