CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 645|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Boleh bayar gaji rendah, majikan upah warga asing jadi pemandu lori

[Copy link]
Post time 12-10-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra ditemui pemberita ketika Operasi Penguatkuasaan Khas Kenderaan Komersial di Stesen Penguatkuasa Pedas, dekat sini. FOTO Ahmad Hasbi

Rembau: Tidak membayar saman trafik tertunggak sehingga nama disenaraihitamkan sekali gus gagal memperbaharui lesen dikesan menjadi faktor kesalahan lesen membabitkan pemandu kenderaan komersial mencatatkan saman paling tinggi.

Lebih membimbangkan, terdapat syarikat kecil menggajikan warga asing yang tidak mempunyai lesen sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) memandangkan gaji yang ditawarkan lebih rendah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sepanjang Januari hingga September tahun ini, sebanyak 4,711 notis yang dikeluarkan membabitkan kesalahan pelesenan pemandu.

"Sehingga September, JPJ Negeri Sembilan memeriksa sebanyak 33,156 kenderaan komersial. Sejumlah 9,607 daripada kenderaan itu diambil tindakan atas pelbagai kesalahan iaitu membabitkan 15,639 saman.

"Daripada jumlah itu, 4,711 notis yang dikeluarkan membabitkan kesalahan pelesenan pemandu, 3,785 kesalahan pelesenan kenderaan, 827 kesalahan utama, 2,882 kesalahan teknikal kenderaan, 2,160 lebih muatan dan 1,274 lain-lain kesalahan," katanya.

Jelas beliau, susulan statistik itu, pihaknya melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Khas Kenderaan Komersial sepanjang Oktober yang memberi tumpuan kepada kesalahan pelesenan, cukai jalan dan insurans serta kesalahan teknikal.

"Penguatkusaan khas ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan ke atas pemandu dan pemilik yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, enam syarikat yang masih digantung lesen pengendali dari tahun 2022 kerana pelbagai kesalahan terutama membabitkan kesalahan berulang berkaitan lesen memandu.

"Ada syarikat menggajikan pemandu yang tidak mempunyai lesen. Mungkin pada mula bekerja pemandu mempunyai lesen, namun apabila terdapat saman yang gagal dijelaskan, nama mereka disenaraihitamkan.

"Pemandu terus bekerja seperti biasa walaupun lesen tidak diperbaharui dan lebih membimbangkan sehingga lesen dibatalkan. Ini dikesan menjadi salah satu faktor kesalahan lesen mencatatkan rekod paling tinggi.

"Pihak kami juga mengesan ada syarikat yang mengupah pemandu warga asing tanpa lesen kerana gaji yang lebih murah. Ada juga yang digajikan sebagai kelindan, namun didapati memandu lori," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-jadi-pemandu-lori

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.065360 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list