CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2855|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] APMM rampas 9kg syabu, tahan 14 Pati cuba keluar Malaysia secara haram

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyeludup keluar dari negara ini bersama lapan bungkusan dadah. FOTO Ihsan MARITIM MALAYSIA

Pelabuhan Klang: Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan 14 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba menyeludup keluar dari negara ini selain lapan bungkusan dadah jenis syabu seberat sembilan kilogram, pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Selangor Mohd Sharenliza Ghazali berkata, kesemua warga asing itu ditahan pada kedudukan sekitar 0.91 batu nautika, barat daya Pantai Kelanang, Kuala Langat.

"Kami mengesan sebuah bot yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Tongkah sebelum bot ronda dikerah untuk memintasnya.

"Ketika dikejar, beberapa individu terjun ke laut dan melarikan diri ke hutan bakau berhampiran," katanya pada kenyataan, hari ini.

Selepas dikejar hampir 20 minit, bot terbabit berjaya ditahan. Pemeriksaan menemukan sembilan wanita serta dua lelaki warga Indonesia dan tiga lelaki Pakistan berusia 27 hingga 50 tahun.

Kesemuanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan membayar RM1,700 setiap seorang untuk diseludup keluar ke Dumai serta Medan, Indonesia.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan, Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007) kerana membawa masuk atau keluar Pati dan Akta Dadah Berbahaya 1952

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laysia-secara-haram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058421 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list