View: 8564|Reply: 9
|
Anak bengang mak nak bolot semua harta arwah ayah, tak nak ikut hak faraid
[Copy link]
|
|
Dalam satu hantaran di media sosial, seorang individu berkongsi kisah perebutan harta yang berlaku di dalam keluarganya gara-gara sikap ibu yang enggan mematuhi hukum faraid.
Sebagai makluman, faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang.
"Mak ambil semua geran arwah ayah. Lepas tu nak palsukan tanda tangan semua anak-anak yang tak setuju letak semua harta arwah atas nama dia seorang.
"Kami nak dibahagikan secara faraid. Tapi dia tak nak. Dia kata hak dia lebih daripada itu. Dia nak jual semua, ambil 'hak' dia lepas tu baru bahagikan dekat anak-anak," tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook.
Individu yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, dia mahupun adik-beradiknya tidak berniat untuk membolot harta, sebaliknya bimbang keputusan ibunya hanya akan merugikan diri sendiri kelak.
"Dia nak jual (tanah). Itu masalahnya. Yang nak beli pula orang yang cuba ambil kesempatan beli di bawah market value.
"Arwah ayah saya ikat perut nak beli tanah. Apa yang lebih teruk, dia (emak) mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya, pelaburan emas, multi level marketing (MLM). Tak pernah serik," luahnya lagi.
Menurutnya lagi, biarpun sudah dinasihati namun ibunya tetap berkeras dengan keputusan sendiri demi menuntut 'hak' sebagai isteri.
"Pening kepala aku ada mak macam ni. Agak-agak berjaya ke rancangan mak saya tu? Mudah ke nak buat kerja palsu-memalsu ni?" tulisnya lagi sambil memohon pandangan warga maya.
Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang disuarakan netizen.
Selain daripada memberikan pandangan, rata-ratanya turut berkongsi kisah keluarga masing-masing.
"Elok faraid. Aku ada kawan, mak dia bolot semua harta pusaka sebab nak join pelaburan. Akhirnya semua duit burn dekat pelaburan scammer. Mak lebih percaya kawan daripada anak-anak.
"Bincang adik-beradik semua. Bersemuka dengan mak. Ajar dia untuk ikut proses pembahagian sebenar. Tuntut dulu harta sepencarian. Selebihnya faraid.
"Orang tua b***h pun ramai. Dok guna ayat ibu mengandung sembilan bulan 10 hari untuk halalkan cara," demikian antara komen netizen. -mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
p repot polis, bgtau sini buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dewi_rina at 2-1-2025 03:57 AM
Boleh ke macam tu? Bukan ke kena sign lepas tu sign depan persuruhjaya sumpah sekali? Bukan senang-senang mcm tu je
Kalau dia buat jugak lantakkan je, nanti dah kena scam duit habis pandai la mintak tolong anak-anak, lepas tu kena hantar rumah org tua-tua citer anak tu teruk, anak ni derhaka.. Org menyumpah anak-anak, walau mcm mana pun tu tetap mak korang..
|
|
|
|
|
|
|
|
selalunya kesudahan memang begitu
zaman dulu keluar majalah. up sikit, masuk tv, nangis2 sikit. anak2 buang tak penah melawat, teringin nak beraya blablabla
yang tak masuk rumah orang tua, termenung kat rumah kampung, lepas tu mati sorang
geng2 seangkatan "anak-anak adalah pelaburan masa depan"
tapi bila agama kata, "anak adalah amanah Allah", semua tiba2 buta dan pekak
budak2 tu diabaikan, didera, dan dianiaya. kes macam ni, bermusuh dengan anak2 sebab ikut kepala sendiri
tapi of course la, hujung2 modal air mata, buat cerita tipu. anak kena maki orang
mulut duk ulang, mak bapak syurga anak. tapi perangai macam ahlul neraka
|
|
|
|
|
|
|
|
makcik tu salah fhm dgn harta sepencarian kot? file lah kes kat court. tuntut bahagian sendiri then baru ikut faraid. yih, dah tua pun perangai masih cam nyet. pdhal umur dah bau tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya makcik dan anak2. Macam mak jarjis dulu berebutkan harta sebab nak bagi anak juga. Ni sebab nak bagi scammer. Sama la kes baru ni terbaca orang mengadu pasal mak terkena love scam. Kesian. Tapi selagi diri sendiri tak sedar tak boleh buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah nape aku xcaya cerita anaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah disebabkan tanah pecah belah..bergaduh mak dengan anak. Entahlah..carilah penasihat yg memang dah biasa kendali kes tanah, peguam ke....Amanah Raya ke...Pejabat Tanah ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
dua pupu I ada mak macam ni...siap ada wasiat palsu dgn lawyer cina mana ntah buat wasiat sivil, apo gilo...pastu bila dah kantoi wasiat palsu, kelam kabut file kan harta sepencarian pulak kat court padahal dia dah byk reta dah arwah suami dah bagi masa hidup lagi, ada banglo sebijik, shoplot and a few things lagi... dah bertahun tak settle tp duit sewa harta arwah semua dia kutip buat mcm reta dia.... hari2 tengok tanyalah ustaz kat tv tp tak masuk otak agaknya.... ada chuols org mcm ni....janganlah hairan... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk anak2 nya biarla mak tu manage the harta tu, tu kan usaha dia dgn ayah awak dari muda..
tak payah bagi2 lagi biar je dulu after that berbaik la dgn dia, slow talk la..
org tua ni makin tua makin kebudak2kan
utk maknya, tanah dah panggil tak payah la sibuk dgn harta, tua2 ni hidup tenang2 je la.. duit lebih pi la umrah |
|
|
|
|
|
|
| |
|