CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2861|Reply: 0

[Selangor] Ribut ‘rampas’ rezeki pesawah

[Copy link]
Post time 14-10-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode

Sulaiman (tengah) bersama pesawah selepas meninjau kawasan sawah padi yang musnah akibat ribut di Sawah Sempadan, Tanjong Karang semalam. - FOTO SADDAM YUSOFF

KUALA SELANGOR – Nasib le­bih 200 pesawah di Sawah Sempadan, di sini dirundung malang apabila padi yang ingin dituai rosak dilanda ribut baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 malam pada Isnin lalu itu mengakibatkan kerugian kepada semua pesawah dengan keluasan padi dianggarkan lebih 400 hektar.

Sebelum ini, pesawah di lokasi berkenaan berdepan harga padi yang tidak stabil.

Pesawah, Mansuri Dugar, 61, berkata, dia tidak me­nyangka musibah melanda dirinya de­ngan satu daripada tiga tapak padinya musnah keseluruhan.

“Sepatutnya minggu lalu hendak tuai hasilnya, namun hujan terpaksa ditangguh. Memang sedih lihat keadaan satu tapak yang hancur semuanya.

“Dua lagi tapak rosak dalam 30 peratus. Satu tapak atau lot kawasan padi itu berkeluasan 1.2 hektar,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Dia yang telah 20 tahun berkecimpung dalam bidang pertanian turut mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan.

“Nampak gayanya, hasil menuai padi kali ini susut teruk ditambah harga padi yang tidak menentu menambahkan bebanan,” ujarnya.

Bagi Kamim Basiron, 60, kebia­saannya apabila musim menuai mampu mendapatkan hasil sehingga 8 tan bagi satu tapak.

“Dua lot tapak terjejas dan kali ini hanya kira-kira lima tan dapat diselamatkan,” ujarnya.

Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, sudah masanya kerajaan menyediakan atau mewujudkan tabung khas bencana kepada pesawah agar golongan tersebut tidak terus dirasakan terpinggir.

Katanya, mereka kini tertekan untuk mendapatkan pulangan modal setiap musim yang memerlukan tuaian hasil sehingga enam tan bagi satu tapak.

“Kadangkala ada pesawah hanya dapat satu tan hasil tuaian selain terpaksa menampung kos benih, baja dan racun.

“Belum lagi potongan atau pemutuan padi yang misteri antara­ 18 hingga 30 peratus tanpa hasilnya diberikan kepada pesawah,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10/14/ribut-rampas-rezeki-pesawah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.079544 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list