CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4881|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis rampas dadah, sita aset RM2.81 juta dalam Op Tapis Khas

[Copy link]
Post time 14-10-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Polis menahan 4,509 individu termasuk pelajar sekolah dan merampas dadah serta menyita aset keseluruhannya bernilai RM2.81 juta menerusi Op Tapis Khas seluruh negara yang diadakan selama tiga hari berakhir kelmarin.

Pada operasi dijalankan sejak Selasa lalu itu, polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menggempur kawasan FELDA, FELCRA, projek perumahan rakyat (PPR) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) serta perkampungan nelayan, selain serta membuat sekatan jalan raya.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata seramai 5,014 individu diperiksa dan hasilnya 4,509 individu berusia 14 hingga 70 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 482 individu termasuk penjawat awam dan pelajar disyaki menjadi tokan dadah, manakala 2,232 penagih dengan 195 dikehendaki serta 1,600 terbabit kesalahan lain.


"JSJN turut merampas 129.83 kilogram dadah dan 492.26 liter cecair disyaki dadah bernilai RM1.7 juta termasuk heroin, syabu, ganja, ketamin, erimin 5, pil yaba, ekstasi, pil psikotropik, daun ketum, air ketum serta kodein.

"Semua rampasan itu dianggarkan boleh digunakan oleh 264,240 penagih," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Op Tapis Khas yang dijalankan sejak Januari hingga kelmarin sudah menahan 17,147 individu dan merampas 2,434.27 kilogram serta 4,460.14 liter dadah bernilai RM23.91 juta.

Mohd Kamarudin berkata, JSJN turut menyita pelbagai aset termasuk wang tunai, kenderaan, barang kemas dan jam tangan keseluruhan bernilai RM1.10 juta.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Katanya, operasi membabitkan kekuatan 2,528 pegawai dan anggota itu dijalankan bagi mengesan sindiket pengedaran dadah serta individu dikehendaki polis, selain memusnahkan lokasi penagihan dadah.

https://www.bharian.com.my/berit ... dalam-op-tapis-khas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053967 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list