View: 5090|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Jangan ambil ringan aduan pengguna jalan - Nanta
[Copy link]
|
|
Nanta melawat kawasan jalan rosak di Kuala Lumpur. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Agensi kerajaan tidak boleh mengambil ringan aduan pengguna mengenai kerosakan jalan kerana itu membabitkan keselamatan bersama.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihak agensi mesti menjalankan tanggungjawab dengan pantas dan cekap.
Beliau membuat tinjauan ke KM8.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Bulatan Kampung Pandan menghala Lebuh Raya MEX berdekatan Pusat Membeli Belah MyTown, hari ini.
Di laluan MRR2, Nanta Linggi berkata, kerosakan berpunca daripada penyambung boleh laras jejambat yang menyebabkan jalan berlubang.
"Pemeriksaan oleh pemaju dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak mendapat kerosakan pada struktur jambatan seperti 'deck slab' dan 'bearing pad'.
"Tindakan segera diambil ialah pembaikan sementara oleh pemaju petang semalam dan JKR Gombak juga mengarahkan pemaju untuk membuat tampalan kekal," katanya.
Beliau berkata JKR Selangor akan menyediakan anggaran kos pembaikan dan akan mengemuka permohonan kepada kementerian dalam tempoh seminggu untuk kelulusan peruntukan pembaikan struktur jambatan serta penggantian penyambung boleh laras.
Sementara itu, berhampiran Lebuh Raya MEX pula, Nanta Linggi berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku kemungkinan berpunca daripada penunggang motosikal yang tergelincir di atas penyambung jejantas yang dibina untuk projek perlebaran jalan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di luar had penyelenggaraan MEX.
"Sewaktu tinjauan, saya dapati DBKL telah melaksanakan pembaikan sementara dengan menutup lubang menggunakan simen," katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool.
https://www.bharian.com.my/berit ... engguna-jalan-nanta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|