CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5167|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] MYAirline mohon maaf, akan percepat proses pemulangan wang

[Copy link]
Post time 14-10-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang mudah MyAirline Sdn Bhd (MYAirline) hari ini memohon maaf kepada penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat itu.

Eksekutif Interim MyAirline, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata syarikat itu kini dalam proses mempercepatkan proses bayaran balik wang dan berharap kesemua penumpang MYAirline untuk bersabar.

"Kami juga sedang dalam usaha mewujudkan talian 'hotline' bagi membantu penumpang kami yang terjejas dengan lebih baik dan memudahkan proses bayaran balik, mereka (penumpang) digalakkan untuk menyediakan nombor tempahan mereka (PNR) dan e-melkannya kepada kami di [email protected]," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azharuddin berkata, semua pekerja MYAirline masih dalam penggajian penuh dan tiada pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji.



Menyentuh mengenai perkongsian strategik, beliau berkata, beberapa pihak telah pun menunjukkan minat terhadap MYAirline dan syarikat kini sedang menilai cadangan tersebut.

"Kami akan terus menyediakan maklumat terkini kepada penumpang yang kami hargai dan juga pihak berkepentingan lain," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... ses-pemulangan-wang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046191 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list