CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4949|Reply: 0

[Perak] Pemandu rentung, kereta terbakar selepas rempuh plaza tol

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT pemandu kereta Toyota SE ditemui selepas kebakaran berjaya dipadamkan. FOTO Ihsan Bomba.

Manjung: Pemandu ditemukan rentung selepas keretanya terbakar akibat merempuh Plaza Tol Sitiawan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), malam tadi.

Identiti mangsa sedang dikenal pasti.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.25 malam dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya jentera, didapati sebuah kereta Toyota SE terbakar dalam anggaran 80 peratus akibat melanggar pembahagi tol.

"Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan terbabit dan disahkan maut di tempat kejadian.

"Operasi pemadaman segera dilakukan hingga api berjaya padam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selepas api padam, katanya, mangsa kemudian dikeluarkan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi itu tamat pada 12.15 tengah malam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-rempuh-plaza-tol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.081286 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list