CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4669|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Satu Malaysia kenal nama saya'

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Aqil.

Kuala Lumpur: "Terima kasih PM (Perdana Menteri). Satu Malaysia kenal nama saya," kata kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) fizikal Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, apabila namanya disebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, kelmarin.

Kisah Muhammad Aqil yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, Jerantut, Pahang itu tular selepas mempamer semangat kesukanan walau dalam kekurangan hingga menjadi inspirasi ramai pihak.

Menurutnya, dia tidak menjangka namanya disebut selain berasa terharu atas keprihatinan diberikan kerajaan.

"Ketika itu saya berada dalam kereta bersama mak yang dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan. Saya tanya betulkah itu nama saya? Mak cakap ya. Memang tak sangka dan terharu sebab PM pula yang sebut," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu ibu Muhammad Aqil, Noor Hafizah Mat Desa, 36, berkata dia bangga apabila kisah anaknya disebut di Parlimen pada peristiwa besar negara.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai Menteri Belia dan Sukan supaya menonton pembentangan Belanjawan 2024. Jadi, dalam perjalanan itu memang tak lepaskan peluang. Sebagai ibu saya bangga nama anak disebut oleh Perdana Menteri dan dalam Parlimen pula.

"Sejujurnya, memang terharu dan tak sangka. Bagi saya, ini bukan untuk anak saya saja, tapi untuk semua anak dan insan istimewa senasib Aqil. Walaupun nama anak saya disebut, saya yakin ia turut memberi inspirasi buat semua," katanya.


IMPIAN Aqil bermain boleh sepak tercapai setelah mendapat bantuan kerajaan dan dorongan Mafa.

Dalam perkembangan lain, Noor Hafizah berkongsi kaki palsu anaknya yang disumbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Sukan Negara (ISN) sudah siap.

"Mereka dah ambil ukuran kaki pada awal September lalu. Saya dimaklumkan kaki palsu pun dah siap dan Insya-Allah, pada 16 Oktober ini dah boleh cuba. Bersyukur dan gembira kerana ada pihak yan sudi membantu. Sebab macam yang kita tahu, kos nak dapatkan kaki palsu agak tinggi.

"Insya-Allah, tidak lama lagi dah boleh tengok Aqil berjalan macam orang lain. Walaupun tidak normal, tapi ia tetap sempurna di mata saya. Dapat melihat dia berjalan adalah satu kegembiraan. Aqil pun dah tak sabar," katanya.



AQIL bersama ibu dan adiknya.

Terdahulu, pada pembentangan Belanjawan 2024, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cita-cita Muhammad Aqil untuk bermain boleh sepak kini tercapai.

"Saya pasti semua telah menyaksikan kisah inspirasi adik Aqil Naufal, murid SK Felda Lepar Utara 1, Pahang yang mempamerkan semangat kesukanan walaupun dalam kekurangan.

"Impian Adik Aqil untuk bermain boleh sepak tercapai setelah mendapat bantuan kerajaan dan dorongan daripada Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (Mafa)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sia-kenal-nama-saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.088676 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list