CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4577|Reply: 0

[Selangor] 'Akhirnya tiada lagi pergerakan, Qaseh Aulia tidak lagi bernyawa'

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode

MAISARAH dan Faizul bersama bayi mereka, Qaseh Aulia. FOTO Ihsan Pembaca

Petaling Jaya: Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila bayi yang ditinggalkan sihat dan ceria kepada pengasuh diambil dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Qaseh Aulia Faizul berusia dua bulan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara di sini, pada Selasa lalu, selepas mengalami sesak nafas.

Menceritakan kejadian, bapa saudara bayi itu, Hafizi Rosli, 30, berkata, kakaknya, Maisarah Rosli dan suaminya, Faizul Ali Adam menghantar anak kedua mereka ke taska pada awal pagi sebelum ke tempat kerja.

Menurutnya, pada 11 pagi, abang ipar menerima panggilan telefon daripada pemilik taska memberitahu Aulia tidak sedarkan diri dengan muka kebiruan dan sudah dibawa ke klinik.

"Abang ipar meminta pemilik taska segera menghantar anaknya ke hospital swasta di Kota Damansara sebelum dia dan kakak bergegas ke hospital itu.

"Bagaimanapun, sebaik tiba mereka terkejut apabila diberitahu Aulia disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat," katanya kepada Harian Metro.

Hafizi berkata, dia yang mengetahui kejadian daripada kakaknya turut terkejut ditambah pula pasangan itu yang melihat sekujur tubuh bayi mereka terbaring atas katil.

Katanya, lebih menyayat hati apabila mereka melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan yang menunjukkan Aulia ditinggalkan dalam keadaan tertiarap tanpa pengawasan selama satu jam.

"Dengan keadaan dibedung, pastinya Aulia tidak selesa dan mungkin menjadi punca sukar bernafas. Aulia dilihat berusaha untuk menggerakkan kepala selama kira-kira 10 minit.

"Namun selepas itu dilihat pergerakannya sangat minimum dan akhirnya tiada lagi pergerakan dan kami mengandaikan pada ketika itu, Aulia tidak lagi bernyawa," katanya.

Katanya, setakat ini punca kematian Aulia masih belum diperoleh dan keluarga masih menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, polis menahan pengasuh wanita berusia 40-an terbabit untuk dirakam keterangan dan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tidak-lagi-bernyawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.219453 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list