CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4559|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Mungkin ini kali terakhir kita berhubung'

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan Dr Mohamad Kullab (kanan) bersama sepupu beliau, Ali Nassman yang syahid.

Kuala Lumpur: Ratusan warga Palestin terbunuh selepas diserang hendap tentera Israel yang menggunakan helah mengarahkan mereka meninggalkan kediaman masing-masing.

Mereka diserang ala gerila oleh tentera selepas pihak rejim yang mengeluarkan arahan supaya penduduk Gaza mengosongkan kawasan kerana serangan bom akan dilakukan di kawasan itu.

Menjelaskan perkara itu, seorang penduduk Dr Mohamad Kullab, 36, yang menghubungi penulis melalui kenalannya memberitahu andai benar serangan itu dilakukan segalanya bergantung kepada takdir.

"Ini mungkin kali terakhir kita berhubung dan jika dipanjangkan usia Insya-Allah kita jumpa lagi."

Itu kenyataan terakhir dikeluarkan kenalan kepada sahabat penulis, Dr Mohamad yang memberitahu kawasan penempatannya bakal menerima serangan bertali arus.

Pesanan dihantar pada jam 10 malam kelmarin itu menjelaskan Israel sudah pun mengeluarkan arahan kepada umum yang masih berada di kawasan itu supaya mengosong segera kawasan berkenaan.

Kawasan itu dilaporkan menjadi sasaran bom bertali arus tentera Israel yang kian galak meningkatkan serangan ke kawasan awam sekalipun mendapat kecaman dunia.

"Ada warga Palestin meninggalkan kediaman mereka untuk keluar dari kawasan itu namun saya akan tetap menetap di sini untuk mempertahankan maruah dan tanah tumpah darah saya ini.

"Ia pilihan bagi mereka yang ada di sini kalau mahu keluar dari sini dipersilakan, tapi masih ada pemberani dalam kalangan kami dan bom mereka tidak akan memusnahkan semua yang ada di sini, Allah masih ada," katanya.

Mohamad adalah warga Palestin yang bertanggungjawab menjaga sekolah pendidikan awal kanak-kanak diberi nama Afwa & Aafiyah di Gaza yang ditubuhkan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa.

Malah, penyanyi berkenaan sebelum ini turut memberitahu beliau dan suami, memantau perkembangan di Gaza dan berharap sekolah serta anak di sekolah berkenaan dilindungi Allah.

Dr Mohamad yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Apa yang menyentuh perasaan, sehingga berita ini ditulis, beliau tetap mengambil keputusan menetap di kawasan penempatannya walaupun mengetahui ia bakal menerima maklumat mengenai serangan kejam Zionis itu.

Beliau yang menetap di kawasan tepi laut kawasan Pantai Barat Gaza membulatkan tekad kekal di kawasan itu sekalipun melihat orang ramai mula meninggalkan kawasan masing-masing.

"Ini tanah tumpah darah saya, tiada sebab untuk saya meninggalkannya. Saya sanggup syahid mempertahankannya," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan serangan yang berlaku kali ini oleh rejim zionis paling dahsyat.

Dalam laporan berkenaan Dr Mohamad turut meminta seluruh dunia mendoakan mereka berbanding menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka.

Kekentalan dan kecintaannya kepada tanah air dizahirkan atas kesanggupannya kembali ke Palestin untuk berbakti walaupun berpeluang hidup harmoni bersama rakyat Malaysia selepas menamatkan pengajian di UIAM.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... khir-kita-berhubung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.045121 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list