CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3860|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] SSM siasat dua syarikat pelaburan tanaman sawit

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan siasatan terhadap dua syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016).

SSM dalam kenyataan hari ini menyebut siasatan itu dijalankan susulan 46 aduan dan laporan berhubung insiden pembayaran pulangan pelaburan dalam bentuk dividen, yang diterima agensi berkenaan membabitkan dua syarikat itu dari April hingga September lalu.

"Lanjutan daripada aduan itu, pada 25 September lalu, SSM membuka kertas siasatan dan melakukan pemeriksaan fizikal di pejabat pengurusan skim-skim berkenaan serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan.

"Menerusi pemeriksaan dijalankan, empat kompaun dikeluarkan kepada dua pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan di bawah Seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 Sept," menurut kenyataan itu.

SSM memandang serius dakwaan itu kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.

"Pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan melalui e-mel ke [email protected] atau hubungi 03-2299 4400," menurut kenyataan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... buran-tanaman-sawit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.256071 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list