CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3996|Reply: 0

Martin juarai perlumbaan pecut

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

MARTIN menunjukkan pingat yang diraih selepas menjuarai perlumbaan pecut di litar Mandalika. -FOTO AFP

Indonesia: Pelumba Sepanyol, Jorge Martin memenangi perlumbaan pecut di MotoGP Indonesia sekali gus memintas pesaing Francesco Bagnaia dalam kedudukan kejuaraan.

Luca Marini yang sebelum ini bermula dari petak pertama menduduki tempat kedua, dengan Marco Bezzecchi melengkapkan kedudukan podium seminggu selepas pembedahan tulang selangka yang patah.

Pelumba pasukan Ducati itu meraih kemenangan pecut keempat berturut-turut untuk mengumpul 328 mata, tujuh mata di depan Bagnaia yang menamatkan saingan di tempat kelapan.

"Saya rasa hebat. Bermula dari petak keenam mungkin bukan yang terbaik, tetapi sekurang-kurangnya saya mampu memintas," katanya

"Memenangi memang sukar... tetapi akhirnya memimpin kejuaraan pada ketika ini terasa hebat. Ia mimpi."

Dia berkata dia berharap dia boleh "menghabiskan hujung minggu dengan cara yang sama" pada perlumbaan utama esok.

Martin menamatkan perlumbaan lebih satu saat di hadapan pelumba Itali Marini, yang sebelum itu mencatatkan rekod pusingan di litar Mandalika di pulau peranginan Lombok.

Ia adalah kali pertama Martin mengetuai kejuaraan MotoGP dalam kariernya.

Bagnaia bergelut buat kali pertama ketika sesi kelayakan musim ini yang menyebabkan dia bermula di petak ke-13 dalam grid.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ai-perlumbaan-pecut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.374794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list