View: 522|Reply: 0
|
Jangan sampai kami natrulisasikan pemain India, jadi, jangan menangis - Pan Gon
[Copy link]
|
|
Jangan sampai kami natrulisasikan pemain India, jadi, jangan menangis - Pan Gon
PAN GON bidas Stimac. FOTO Ahmad Ukasyah
Kuala Lumpur: "Jangan sampai kami natrulisasikan pemain India, jadi, jangan menangis" kata pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon.
Ringkas dan padat bagai tertusuk jarum halus ke sanubari.
Itu jawapan balas Pan Gon membalas kembali komen ketua jurulatih India, Igor Stimac yang berpendapat Harimau Malaya kuat kerana pemain natrulisasi.
Nampak bersahaja namun cara jawab dan reaksi darinya menarik perhatian warganet.
Hasil tinjauan di akaun Tiktok Shazzy Khann, rata-rata peminat sangat terhibur dan menyokong tindakan pengendali dari Korea Selatan dalam memberi jawapan.
"Seriuslah hahahaha ala-ala Pep (Guardiola) atau Mourinho (Jose) balas," kata Khai.
"Jawapan yang tenang dan bijak. Kim Pan-gon memang matang dalam soal jawab," kata Afiq.
Pada sama sama, warganet turut memaklumkan kepada jurulatih berkenaan untuk membezakan pemain natrulisasi dan keturunan.
"Naturalisasi sorang sahaja, Endrick (Dos Santos), yang lain warisan," kata Abdul Muhaimin.
"Ada tiga jenis pemain kebangsaan iaitu pure blood (pemain lahir di Malaysia), mix blood (darah campuran) dan naturalisasi," kata Ezam.
Terdahulu, Stimac berkata demikian ketika sesi sidang akhbar selepas perlawanan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lalu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... adi-jangan-menangis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|