CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3367|Reply: 46

[Tempatan] Najib, anak perlu bayar tunggakan cukai RM1.7 bilion

[Copy link]
Post time 16-10-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin perlu melunaskan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai bagi tahun 2011 dan 2017 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Keputusan itu diperoleh selepas lima panel Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu dan Nazifuddin terhadap penghakiman terus diperoleh LHDN untuk mendapatkan nilai cukai itu.


Mahkamah berkenaan mengekalkan keputusan LHDN untuk penghakiman terus untuk mendapatkan tunggakan berkenaan.

Turut bersidang ialah Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Dalam kes ini, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir bagi mewakili bekas Perdana Menteri itu dan Nazifuddin sementara Ketua Peguam Cara Hasil, Dr Hazlina Hussain, bagi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selaku responden.

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan Nazifuddin tidak hadir semasa prosiding berlangsung.

Najib dan Nazifuddin merayu selepas dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2020 membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib serta RM37.6 juta daripada Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 September 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Pada 10 Mei 2022, mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Rayuan Najib dan Nazifuddin diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan sembilan persoalan undang-undang.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib, menuntut pemimpin UMNO itu membayar jumlah berkenaan bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN, melalui kerajaan Malaysia juga telah memfailkan writ saman terhadap Nazifuddin pada 24 Julai 2019, mendakwa anak Najib itu belum membayar cukai untuk tahun taksiran selama tujuh tahun bermula dari 2011, seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Najib dan Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada LHDN kerana gagal melunaskan cukai pendapatan seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 10:58 AM | Show all posts
Pengkhianat negara...




Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:59 AM | Show all posts
elok sangat tu, duit tu boleh pakai bina sekolah, masjid, taska, jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam 8%     
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hausnya rupa anak najib yg ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib tu ok lg....Nazif tu mcm pelik mana datang duit billion2 sampai tax x nk bayar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2023 11:17 AM | Show all posts
banyaknya cukai...berbillion,
berapa pendapatannya, tentu berbillion jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:20 AM | Show all posts
Firenzza replied at 16-10-2023 11:03 AM
Najib tu ok lg....Nazif tu mcm pelik mana datang duit billion2 sampai tax x nk bayar?



kena tanya Nazif tu....tentu datang dari sumber pendapatan yg sah sebab itu kena cukai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbukti sudah duit itu memang duit derma pak arab.. bukan duit songlap seperti yang difitnah sejak 10 tahun dahulu

Kalau duit songlap, kenapa LHDN nak cukaikan kankankan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:22 AM | Show all posts
rashiman replied at 16-10-2023 11:17 AM
banyaknya cukai...berbillion,
berapa pendapatannya, tentu berbillion jugak....

Boleh je google ... buat2 bodow plak. Kerana dua2 ekor ni lah sekarang kena declare duit kt airport, hadiah derma bagai. Menyusahkan org!

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:25 AM | Show all posts
sonic-bertaik replied at 16-10-2023 11:22 AM
Boleh je google ... buat2 bodow plak. Kerana dua2 ekor ni lah sekarang kena declare duit kt airpor ...

semasa pentadbiran dia, tak nampak pulak dia menyusahkan orang....
yg nampak banyak menyenangkan orang, banyak bantuan yg orang dapat berbanding selepasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:29 AM | Show all posts
Edited by sonic-bertaik at 16-10-2023 11:39 AM
rashiman replied at 16-10-2023 11:25 AM
semasa pentadbiran dia, tak nampak pulak dia menyusahkan orang....
yg nampak banyak menyenangkan o ...

Sebab ko buta hati...Kalu kat China dah lama kena hukum tembak...tapi kat sini cium tangan jilat sampai ke siku


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 16-10-2023 11:00 AM
Salam 8%

See yal idola hanat ko Kalo start bayar pelan pelan denda 250juta yg dikenakheun keatasnyer dah boleh support berapa keluarga dikawasan pekan, bangsat?

Ptuiiikk

Ada hati nak mintak di lepas kheun?

Harkkk ptuikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 16-10-2023 11:25 AM
semasa pentadbiran dia, tak nampak pulak dia menyusahkan orang....
yg nampak banyak menyenangkan o ...

Nak susah kheun org canna ? Duit masuk akaun berbillion pun tak sedar Setakat kasi rakyat utk tutup mulut setiap keluarga RM300 bram brim broom … ok wat kheunz?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 16-10-2023 11:21 AM
Terbukti sudah duit itu memang duit derma pak arab.. bukan duit songlap seperti yang difitnah sejak  ...

dah salah iteww salah ler… saman RM250juta bila nak mula bayar hanat?

Ptuiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-10-2023 10:59 AM
elok sangat tu, duit tu boleh pakai bina sekolah, masjid, taska, jalanraya

APak yg sedang meringkuk dlm cell duit denda RM250juta ko ghaser ghaser dah mula bayar kewww? Hanat punyer penyamun…. Ada hati nak mintak dilepaskheun

Ptuiikkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 16-10-2023 11:35 AM
dah salah iteww salah ler… saman RM250juta bila nak mula bayar hanat?

Ptuiiiii

Takpelah.. ko menang, him.. najib takkan mampu bayar saman tu..

Asalkan terbukti najib tak songlap duit 2.6 bilion tu dah cukup bagi bangkem.. itu yang bangkem pertahankan selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:44 AM | Show all posts
banyak nya 1.7 bilion

mohon dihalalkan je
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:46 AM | Show all posts
so bankrup la status bossku iye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:55 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 16-10-2023 11:43 AM
APak yg sedang meringkuk dlm cell duit denda RM250juta ko ghaser ghaser dah mula bayar kewww? Hana ...

sangat sediih...najib ni benar2 merosakkan nama baik arwah Tun Razak dan Tun Rahah..ini semua sebab burit punya pasal

smoke kills! burit kills too!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059091 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list