View: 445|Reply: 0
|
Turkiye sahkan tempat ke Euro 2024
[Copy link]
|
|
Pemain Turkiye meraikan kejayaan melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024 selepas membenam Latvia 4-0 di Stadium Konya Metropolitan Municipality, Konya awal pagi tadi. – Foto REUTERS
KONYA, Turkiye: Turkiye melengkapkan minggu penuh bermakna apabila mereka diumumkan sebagai tuan rumah bersama Euro 2032 bersama Itali selepas memastikan layak ke pusingan akhir Euro 2024 dengan membelasah Latvia 4-0 awal pagi tadi.
Yunus Akgun membuka tirai jaringan pada minit ke-58 dan bekas penyerang Everton, Cenk Tosun menyumbat dua gol lewat (m-83 dan m-92) dengan jaringan Kerem Akturkoglu (m-87) melengkapkan kemenangan buat pendahulu Kumpulan D itu.
"Saya amat gembira kami mengesahkan kemaraan menerusi kemenangan malam ini," kata jurulatih Turkiye, Vincenzo Montella kepada UEFA.com.
"Saya mungkin jurulatih paling gembira di dunia ketika ini. Itulah sebabnya saya akan menikmati kejayaan ini dahulu dan kemudian kami akan meneruskan persiapan secepat mungkin."
Turkiye unggul enam mata di depan Wales, yang merampas tangga kedua daripada Croatia. – AFP
Kapten Turkiye, Cenk Tosun meraikan gol keempat ketika membenam Latvia 4-0 pada aksi kelayakan Euro 2024 di Stadium Konya Metropolitan Municipality, Konya awal pagi tadi. – Foto REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... tempat-ke-euro-2024 |
|
|
|
|
|
|
| |
|