CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 0

EPL: Kelab London sasaran baharu Sheikh Jassim

[Copy link]
Post time 16-10-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

SPURS dilaporkan menjadi destinasi baharu untuk Sheikh Jassim membuat pelaburan selepas gagal mendapatkan pemilikan Manchester United. - AFP

LONDON – Bilionair Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al-Thani dilaporkan mengalihkan minatnya untuk membuat pelaburan ke atas sebuah lagi kelab di Liga Perdana Inggeris selepas percubaan untuk mendapatkan pemilikan penuh Manchester United menemui kegagalan.

Ahli perniagaan tersebut mengumumkan penarikan diri daripada perlumbaan untuk mendapatkan status pemilik baharu The Red Devils selepas bidaan terakhirnya yang dianggarkan bernilai £5.5 bilion (RM31.53 bilion) ditolak apabila pemilik semasa, Keluarga Glazer dipercayai mahukan £6 bilion (RM34.39 bilion) bagi harga jualan.

Kecewa dengan perkembangan tersebut selepas proses rundingan berlangsung selama sembilan bulan, Sheikh Jassim didakwa mengubah fokus dengan menjadikan Tottenham Hotspur sebagai destinasi baharu untuk membuat pelaburan berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum jelas sama ada beliau mahu membuat pelaburan atau mendapatkan pemilikan kelab dari utara London itu secara mutlak, namun minatnya untuk memiliki sebuah pasukan yang bersaing di England dikatakan masih belum pudar.

Pemilik Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi merupakan individu penting menjadi orang tengah dalam proses rundingan antara Sheikh Jassim dan Keluarga Glazer dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Spurs, Daniel Levy pada awal tahun ini.

Pertemuan itu dipercayai menjadi langkah kontigensi buat Sheikh Jassim untuk melihat potensi pelaburan bersama pasukan itu sekiranya pelan untuk mendapatkan hak pemilikan United tidak menjadi kenyataan.

Al-Khelaifi sebelum ini turut mengakui bahawa rombongan pelaburan itu juga turut mempertimbangkan peluang untuk menjadi pemilik kelab yang beraksi di Liga Brazil atau La Liga, Sepanyol. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... haru-sheikh-jassim/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 1.056489 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list