CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 0

[Johor] Syukur dapat rumah harga RM85,000

[Copy link]
Post time 16-10-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Salah sebuah rumah yang dibina hasil inisiatif perumahan veteran Angkatan Tentera Malaysia di Pontian.

PONTIAN – Penerima inisiatif perumahan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyifatkan pembinaan kediaman berharga RM85,000 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada mereka yang berkhidmat kepada negara.

Rata-rata mereka meluahkan rasa syukur dengan bantuan dihulurkan sekali gus meringankan beban hidup para veteran ATM.

Seorang penerima, Bagindak Daing Talisang, 80, berkata, dia akan tinggal di kediaman baharu itu bersama anak lelakinya yang juga bekas pegawai tentera yang patah kaki akibat kemalangan jalan raya.

Bagindak yang telah menamatkan perkhidmatan dengan ATM sejak 30 tahun lalu berkata, sebelum ini, dia tinggal bersama anak perempuannya di Taman Dato Ali, Benut.

“Saya akan berbincang de­ngan anak lelaki Daing Baktiar Bagindak untuk menjalankan perusahaan menternak ayam kampung sebagai sumber pendapatan tambahan.

“Terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) kerana telah meluluskan permohonan saya mendapatkan sebuah rumah untuk saya diami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, bekas anggota ATM yang pernah bertugas di Kementerian Pertahanan, Siti Zabedah Mohd. Ali, 65, meluahkan rasa terima kasih atas bantuan bagi membolehkan dia memiliki kediaman sendiri di atas tanah milik keluarganya di Kampung Semberong, Kluang.

Dia yang menamatkan per­khidmatan pada 1996 mempunyai dua orang anak termasuk seorang anak angkat.

“Sebelum ini, saya tinggal di rumah yang agak uzur dan kurang selesa dengan adanya rumah baru yang mempunyai dua bilik dan satu bilik air ini memberi keselesaan kepada kami bertiga,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Veteran ATM Cawa­ngan Pontian, Ahmad Safar memberitahu, dianggarkan 30 permohonan membina rumah baharu diterima pihaknya setiap tahun.

Katanya, memandangkan permohonan banyak, pihaknya berharap kerajaan dapat menambah kuota bagi membantu golongan yang memerlukannya.

“Ini kerana tidak semua ­veteran ATM bernasib baik, sesetengah veteran ATM pula malu untuk menyuarakan masalah mereka, tetapi kami cuba membantu dengan sedaya upayanya,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... umah-harga-rm85000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.911406 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list