View: 500|Reply: 0
|
[Johor]
HSNI cari waris warga emas mangsa kemalangan jalan raya
[Copy link]
|
|
Waris pesakit lelaki warga emas yang terlantar di HSNI dicari selepas terbabit dalam kemalangan. Foto ihsan HSNI
Batu Pahat: Pengurusan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) meminta bantuan orang ramai mengesan waris pesakit warga emas yang sedang menerima rawatan akibat kemalangan jalan raya sejak 17 September lalu.
Jurucakap HSNI berkata, pesakit lelaki yang tidak diketahui identiti itu dipercayai berusia sekitar 66 tahun didiagnos mengalami pendarahan otak.
"Pihak hospital tidak dapat mengesan keluarga atau waris terdekat pesakit itu dan dia masih menerima rawatan di wad 4B HSNI," katanya.
HSNI sudah berusaha mendapatkan maklumat pesakit namun belum ada keluarga atau waris terdekat menghubungi pihak hospital atau melawatnya.
"Sehubungan itu, pihak hospital meminta keluarga atau waris terdekat supaya menghubungi bahagian di talian 07-4363000 sambungan 4255 (Unit Keselamatan) untuk proses pengurusan pesakit berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... malangan-jalan-raya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|