CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ribut petir, angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang

[Copy link]
Post time 16-10-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di sembilan negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan amaran cuaca itu dijangka di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Perak.

Menurutnya, selain itu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang antara kawasan yang terkesan bagi Kelantan serta Terengganu.

"Di Pahang amaran itu dijangka membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera, manakala Klang, Selangor dan Negeri Sembilan di Jelebu dan Jempol turut berdepan cuaca sama.

"Bagi Johor ia membabitkan kawasan di Mersing dan Kota Tinggi, Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selain itu cuaca sama juga dijangka berlaku di Sabah membabitkan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eri-hingga-6-petang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.043808 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list