CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Johor] Sedih dengan keluhan rakyat, Sultan Johor kurnia 10,000 paket beras

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10,000 paket beras kepada golongan memerlukan di 10 daerah termasuk penerima membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri ini. FOTO IHSAN RPO

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10,000 paket beras kepada golongan memerlukan di 10 daerah negeri ini termasuk penerima dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan amat memahami beban dihadapi golongan memerlukan yang berdepan dengan kekurangan serta kenaikan harga beras.

Baginda bertitah, sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta amat sedih apabila membaca keluh-kesah dibangkitkan rakyat susulan kenaikan bahan makanan itu.

"Saya mendengar dan memahami keresahan dirasai seluruh Bangsa Johor mengenai kekurangan dan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan lain-lain lagi.

"Dalam meringankan beban rakyat, saya berkenan mengurniakan bantuan beras menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

"Saya juga memahami beban dihadapi golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah dalam menyara keluarga masing-masing.

"YSIJ akan menyampaikan 10,000 paket beras percuma seberat 10 kilogram kepada golongan memerlukan yang dikenal pasti penerimanya," titah baginda dalam akaun Facebook, hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenaan berangkat ke majlis pengurniaan sumbangan beras YSIJ yang berlangsung di Istana Polo, Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Baginda mengurniakan 10,000 paket beras kepada golongan memerlukan di 10 daerah termasuk penerima di Polis Kontinjen Johor dan Markas 7 Briged.

Polis Kontinjen Johor menerima 3,990 beg beras, manakala Markas 7 Briged sebanyak 3,000 paket membabitkan kategori lain-lain pangkat.

Selain itu, pengagihan di 10 daerah membabitkan Johor Bahru (580 paket beras); Muar (340); Batu Pahat (432); Segamat (305); Kluang (71); Pontian (264); Kota Tinggi (477); Mersing (149); Tangkak (141) dan Kulai (251).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-10000-paket-beras

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.182814 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list