CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 0

[Kelantan] 'Istana Bunian' jadi tarikan

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:02 PM | Show all posts |Read mode

Kehalusan seni tangan Hashim yang membina istana bunian. FOTO Nor Amalina Alias

Bachok: Hingga kini masih belum siap sepenuhnya walaupun sudah dibina sejak 1978, namun keunikan reka bentuknya yang penuh berseni dan dinamakan sebagai Istana Bunian menjadikan bangunan kediaman milik Hashim Abdul Rahman menjadi bualan ramai.

Hashim, 66, berkata, dia mula membina 'istana' itu sejak usia belasan tahun secara seorang diri berilhamkan alam semula jadi seperti bukit bukau, paya, hutan dan denai sungai.

Menurutnya, dia menggunakan bahan seperti simen, besi, batu dan pasir sebagai bahan asas dan sehingga kini sudah menelan kos lebih RM1 juta.

"Kita belajar daripada alam, apa yang kita lihat, kita fikir awan yang berarak, air yang mengalir itu semua ilham untuk saya bina 'istana' ini.

"Sehingga kini hanya 68 peratus siap, saya tak pernah berhenti menyiapkan 'istana' ini hanya terhalang sumber kewangan dan kudrat yang semakin tua," katanya ketika ditemui di Istana Bunian, di sini.

Hashim atau mesra dipanggil Pak Hashim berkata, ilham mendirikan kediaman seperti gua juga terhasil daripada kejadian Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira'.

Menurutnya, dia membina kediaman itu setinggi dua tingkat dengan keluasan 65 hingga 70 kaki (19 hingga 21 meter) dengan ketinggian tujuh meter.

Apa yang menarik, selain namanya yang unik dan mungkin seram bagi sesetengah orang, reka bentuk setiap inci di dalam 'istana' ini bercirikan pelbagai negara seperti Mesir menerusi corak piramid, bulatan mewakili kesenian negara India, Turki, Mexico, Jepun, China dan Rome.

Di dalam istana ini terdapat kolam mandi, beberapa buah bilik, tempat pancuran air terjun, kawasan istirehat, dapur, tandas dan di tingkat atas, sedang dibina empat bilik tidur dan laman, manakala di luar mempunyai barisan tiang yang bercorak indah dan penuh kesenian.

Pak Hashim berkata, semua ilham itu diperoleh hasil penelitian matanya pada helaian kertas atau pemandangan yang dilihat dan disimpan di kotak memori kepalanya sebelum diolah menjadi acuan reka bentuk kediaman itu.

Antara yang menarik adalah kesenian ciptaan tujuh kolam yang ada di luar dan dalam 'istana', corak kerawang pada tiang, tingkap dan hiasan dinding serta keunikan bentuk seperti bukit bukau yang membentuk istana bunian ini.

"Setiap sudut juga dibuat berbeza dibina dengan unsur rohani dan jasmani, reka bentuk alam memberi ketenangan, selagi saya tak puas hati, saya akan ubah reka bentuk binaan sehingga memberi kepuasan," katanya yang turut berbicara penuh falsafah dan makna tersirat.

Pak Hashim berkata, dia tidak marah apabila orang mengaitkan keunikan kediamannya dengan unsur alam ghaib iaitu bunian kerana kekuatan luar biasanya yang membina istana itu seorang diri dan mempersoalkan tindakannya membina istana sepelik itu.

Menurutnya, ada juga yang menggelarkan gila namun itu pilihan hidup yang dia pilih untuk memilih hidup 'luar biasa' dan terasing dengan orang awam, sehingga mengambil keputusan untuk menetap terus di istana bunian sejak Januari tahun ini walaupun mempunyai rumah lain di kampung yang sama.

"Setiap orang mempunyai pemikiran sendiri, kita tidak boleh menghalang apa yang mereka fikir, tapi kita mempunyai akal untuk jadi 'penapis' apa yang baik dan buruk, bila kita menguasai ilmu, kita akan menghayati kehidupan," katanya yang turut tidak mempunyai sebarang alat komunikasi seperti telefon dan hanya orang tertentu akan diterima masuk ke istana bunian dan berbual dengan lelaki misteri ini.

Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, dia tidak menghalang sesiapa untuk datang ke 'istana' terbabit dan mahu orang ramai menghayati kehalusan seni pada bangunan itu sambil berfikir akan kekuasaan Allah SWT dan keindahan alam semula jadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bunian-jadi-tarikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.044653 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list