CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kakitangan syarikat penerbangan akan terima manfaat SIP jika diberhentikan

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:03 PM | Show all posts |Read mode

V. Sivakumar pada sidang media ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Lebih 500 pekerja sebuah syarikat penerbangan tambang murah dijangka menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika perkhidmatan mereka ditamatkan, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Beliau berkata manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) itu akan diberikan kepada pekerja berkenaan selepas semakan terhadap rekod caruman SIP mereka memenuhi syarat kelayakan.

"Pekerja berkenaan akan menerima gantian pendapatan untuk tempoh tiga hingga enam bulan sementara mendapat kerja baharu," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Khamis lepas MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) menerusi satu kenyataan memaklumkan mengenai penggantungan operasinya mulai 6 pagi dan keputusan berkenaan diambil berikutan tekanan kewangan.

Mengulas lanjut Sivakumar berkata Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso komited serta sentiasa bersedia membantu meringankan bebanan pekerja syarikat penerbangan tambang murah berkenaan dari segi kewangan sekiranya mereka diberhentikan kerja.

Menurutnya kementerian itu melalui agensinya Perkeso sentiasa memantau perkembangan terkini bagi memastikan segala perkara yang melibatkan kebajikan pekerja akan diambil tindakan segera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jika-diberhentikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.212712 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list