|
ZAHEER dibawa pegawai imigresen ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini atas pertuduhan menyimpang sembilan passport antarbangsa bersama kekasihnya, hujung bulan lalu.
PONTIAN – Seorang jururawat dan kekasihnya yang juga seorang lelaki Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menyimpan sembilan pasport antarabangsa, hujung bulan lalu.
Tertuduh, M. Sasikalah, 39, dan kekasihnya, Zaheer Iqbal, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Mengikut kertas pertuduhan, pasangan itu didakwa memiliki lapan pasport antarabangsa milik warganegara Pakistan dan satu milik warga Nepal.
Perbuatan itu dilakukan kedua-dua tertuduh semasa ditahan mereka berdua ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu operasi di sebuah premis perniagaan di Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru, pada pukul 12.15 tengah malam, 26 September lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 , yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia, Nur Lina Athirah Abdul Rahim.
Manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh Peguam Mohammad Isa Mohamad Basir.
Nur Lina Athirah memohon mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang namun peguam yang mewakli mereka merayu jumlah tersebut dikurangkan.
Mahkamah kemudian membenarkan Sasikalah diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala kekasihnya sebanyak RM12,000 dengan dua orang penjamin.
Selain itu, lelaki warganegara Pakistan perlu melaporkan diri setiap bulan di Pejabat Imigresen Johor di Taman Setia Tropika selain pasport antarabangsanya diserahkan kepada Mahkamah.
Sementara penjawat awam tersebut turut diarah melaporkan di Ibu Pejabat Imigresen Johor pada setiap bulan.
Mahkamah kemudian menentapkan 27 Disember ini bagi sebutan semula kes tersebut.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... sport-antarabangsa/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|