CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3107|Reply: 0

[Pahang] 'Suami sihat tiada masalah jantung' - isteri mangsa pemerdagangan manusia

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode

NURUL Diyana (kanan) ketika ditemui di rumah mentuanya, Esah Ali di Kampung Peramu, Kuantan, hari ini. FOTO T.N. Alagesh

Kuantan: Luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya meninggal dunia secara mengejut di pusat tahanan imigresen di Myanmar, 14 Oktober lalu.

Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28 dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan diperdaya untuk ke Bangkok, Thailand pada 7 Oktober sebelum diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar.

Nurul Diyana Mohd Shukri, 27 berkata, suaminya kemudian diserahkan kepada pihak imigresen Myanmar untuk tujuan dokumentasi.

Bagaimanapun, Muhammad Izzat didakwa meninggal dunia ketika dalam tahanan di pusat imigresen pada 14 Oktober.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia menerima panggilan pada 11 malam 14 Oktober lalu daripada seorang lelaki yang mendakwa mewakili warga NGO yang berpangkalan di Malaysia memaklumkan kematian suaminya.

"Lelaki itu memberitahu mereka (NGO) yang berjaya menyelamatkan suami daripada sindiket (penipuan pekerjaan) tetapi dia kemudian meninggal dunia di pusat imigresen kerana masalah jantung.

"Lelaki itu turut berkongsi video dan beberapa gambar suami yang kelihatan tidak bermaya. Lelaki itu mendakwa mereka mendapatkan nombor saya dari telefon suami.

"Saya sangat terkejut... Saya memaklumkan kepada adik beradik suami saya dan mereka membuat semakan dengan kedutaan Malaysia di Myanmar yang kemudian mengesahkan kematian suami.

"Suami seorang yang sihat dan tidak pernah mengadu masalah jantung," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Peramu di sini hari ini.

Mengenai perjalanan suaminya, Nurul Diyana yang juga suri rumah berkata, suaminya mengenali seorang lelaki di media sosial dan menaja tiket penerbangan dari Kuantan ke Thailand pada 7 Oktober.

"Suami memberitahu dia perlu ke Bangkok selama tiga hari untuk mengambil alat ganti kenderaan. Dia menaiki penerbangan kelas perniagaan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, pada 10 pagi.

"Suami ada menghubungi saya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memaklumkan dia terlepas penerbangan ke Bangkok.

"Saya beritahu rasa tak sedap hati dan minta dia kembali ke Kuantan tetapi dia memaklumkan rakannya menaja tiket lain bagi kelas ekonomi dan suami meneruskan perjalanan," katanya.

Menurutnya, suaminya ada menghantar nota suara kira-kira 11 ​​malam memaklumkan sudah berada di Bangkok.

"Biasanya, dia selalu menghubungi saya tetapi pada 11 Oktober dia tidak berbuat demikian dan gagal dihubungi menyebabkan saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan pada hari berikutnya," katanya sambil menambah berita mengenai kematian Muhammad Izzat diketahui dua hari kemudian.

Nurul Diyana berkata, suaminya tidak memaklumkan perjalanannya ke Thailand kepada ahli keluarga lain kecuali dirinya.

"Kami sekeluarga pernah ke Bangkok untuk bercuti, tetapi ini perjalanan pertama suami seorang diri. Saya memang sedar mengenai sindiket penipuan pekerjaan dan bimbang dia menjadi mangsa.

"Namun, suami memberi jaminan dia selamat di sebuah hotel di Bangkok dan meminta saya supaya tidak risau, selain berjanji akan pulang ke Malaysia dalam tempoh 10 hari," katanya.

Sementara itu, abang Muhammad Izzat, Muhammad Hasmalizam, 45, berkata, dia menerima panggilan daripada wakil NGO mendakwa abangnya menghubungi mereka untuk membantu menyelamatkannya dari sebuah hotel di Myanmar.

"Saya menerima panggilan kira-kira 10.30 malam pada 14 Oktober daripada seorang lelaki mengatakan dia berjaya menyelamatkan abang dari sindiket penipuan pekerjaan.

"... tetapi dia meninggal dunia semasa ditahan di pusat imigresen akibat masalah jantung.

"Saya akan ke Myanmar pada 20 Oktober ini (Jumaat) bersama adik-beradik lain untuk menguruskan pengebumian. Kami belum memutuskan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke Kuantan atau sebaliknya.

"Saya harap kerajaan dapat membantu kami," katanya sambil menambah Muhammad Izzat adalah anak bongsu daripada lapan beradik.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... merdagangan-manusia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.048756 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list