CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3074|Reply: 0

Euro 2024: England galas dua misi utama

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

ENGLAND memburu kemenangan ke atas Itali untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir serta misi membalas dendam tewas aksi final Euro 2020. - AFP

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate menganggap pertemuan dengan Itali pada aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024 di Wembley awal pagi esok adalah ujian sebenar buat skuad The Three Lions.

Perlawanan itu dianggap sangat penting buat England kerana ia mampu menjadi aksi di mana mereka boleh mengesahkan slot ke pusingan akhir Euro 2024 tahun depan sekiranya mampu mencatat kemenangan.

Selain itu, ia juga boleh menjadi peluang The Three Lions melunaskan dendam ke atas Itali selepas mereka tewas pada perlawanan akhir Euro 2020 yang turut berlangsung di venue sama.

“Itali kelihatan seperti sudah kembali bangkit selepas berada di bawah kendalian Spalletti. Mereka menampilkan aksi yang cukup baik ketika menewaskan Ukraine bulan lalu dan saya anggap Itali sebagai pasukan 10 teratas dunia.

“Saya sentiasa beritahu semua pemain bahawa setiap perlawanan menentang pasukan 10 teratas dunia adalah sangat penting. Saya gembira kerana pemain-pemain berkobar-kobar untuk beraksi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa anak-anak buahnya supaya tidak mensia-siakan peluang bagi memastikan mereka layak ke pusingan akhir Euro 2024 lebih awal dengan aksi kelayakan berbaki dua perlawanan.

“Kami ada peluang untuk layak ke pusingan akhir ketika saingan kelayakan masih ada dua perlawanan. Saya anggap ini adalah ujian terbesar kami, namun saya yakin pemain-pemain England sudah bersedia sepenuhnya,” ujar Southgate. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... las-dua-misi-utama/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034869 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list