CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3630|Reply: 0

Neymar ugut tak nak main jumpa Uruguay

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Neymar (tengah) menjalani latihan bersama rakan sepasukannya menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2016 menentang Uruguay di Montevideo pagi esok. – Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Neymar mengancam tidak berkunjung ke Montevideo, Uruguay bagi aksi kelayakan Piala Dunia Brazil awal pagi esok, menurut satu laporan.

Penyerang itu dan rakan sepasukannya akan bertemu Uruguay namun mereka mungkin beraksi tanpa pemain tonggaknya ketika dia bertelagah dengan persekutuan bola sepak negaranya.

Dia berang apabila dibaling di kepala dengan sebungkus bertih jagung oleh peminat yang kecewa susulan Brazil mengalami kejutan seri dengan Venezuela pada aksi kelayakan Piala Dunia minggu lalu.

Keputusan itu bermakna pasukan Neymar ketinggalan di belakang penyandang juara dunia Argentina dalam kedudukan carta kelayakan zon Amerika Selatan dan peminat melahirkan kekecewaan mereka dengan keputusan seri 1-1 itu.


Penyerang Al-Hilal itu, menurut wartawan Brazil, Jose Carlos Araujo, mengarahkan Presiden Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) Ednaldo Rodrigues tidak membenarkan perlawanan diadakan di Cuiaba sampai bila-bila.

Dilaporkan Neymar dan Rodrigues bertengkar di terowong selepas perlawanan itu, tidak lama selepas bekas bintang Paris Saint-Germain dan Barcelona itu dibaling dengan bertih jagung.

Kemudian dilaporkan dia mengancam tidak akan berkunjung bagi perlawanan pagi esok, sekalipun tidak jelas sama ada dia kekal dengan keputusannya.

Brazil kini berdepan kesukaran selepas mencicirkan mata menentang pasukan yang dijangka mudah dikalahkan dalam laluan ke Piala Dunia 2026.

Ia kali pertama Brazil gagal menundukkan Venezuela di laman sendiri dan keputusan seri menamatkan rentetan 15 kemenangan berturut-turut aksi di gelanggang sendiri pada kelayakan Piala Dunia sejak tahun 2015. – AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... -main-jumpa-uruguay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.035791 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list