CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3722|Reply: 0

Bintang EPL terkurung di stadium Brussels

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Belgium, Romelu Lukaku (tengah) cuba mengatasi penjaga gol Sweden, Robin Olsen pada aksi kelayakan Euro 2024 di Stadium King Baudouin, Brussels awal pagi tadi. – Foto REUTERS

BRUSSELS: Beberapa pemain Liga Perdana Inggeris terbabit dalam perlawanan yang tertangguh antara Belgium dan Sweden awal pagi tadi dan mereka ditahan seketika di Stadium King Baudouin.

Dua penyokong bola sepak Sweden yang menyarung jersi pasukan kebangsaan ditembak mati di Brussels menjelang perlawanan itu dengan suspek masih belum ditangkap.

Peminat juga terpaksa ditahan di stadium itu selama beberapa jam kerana faktor keselamatan.

Seorang lelaki bersenjata yang mendakwa sebagai anggota Islamic State (IS) melepaskan tembakan ke arah sekumpulan peminat. Seorang lagi dilaporkan cedera parah.



Pemain sayap Tottenham, Dejan Kulusevski antara pemain yang terbabit pada perlawanan itu selain pemain pertahanan Manchester United, Victor Lindelof dan pemain Aston Villa, Youri Tielemans.



Penyokong Sweden ditahan seketika di dalam Stadium King Baudouin selepas aksi Belgium-Sweden ditangguh kerana dua peminat Sweden mati ditembak di Brussels awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Perlawanan itu ditangguh pada masa rehat dengan pemain dikatakan enggan keluar bagi meneruskan aksi babak kedua di Stadium King Baudouin.

Bekas penyerang Coventry City, Viktor Gyokeres meletakkan Sweden di depan pada babak pertama sebelum penyerang Chelsea, Romelu Lukaku, yang beraksi secara pinjaman di AS Roma, menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Turut beraksi bersama Belgium pemain Fulham, Timothy Castagne, pemain Nottingham Forest, Orel Mangala dan bekas pemain Tottenham, Jan Vertonghen serta pemain pertahanan Leicester, Wout Faes.

Pemain Manchester City, Jeremy Doku disenaraikan sebagai pemain simpanan di samping pemain Luton Town, Thomas Kaminski dan bekas penyerang Chelsea, Michy Batshuayi.

Bagi Sweden, pemain Aston Villa, Robin Olsen mengemudi gawang gol manakala penyerang Nottingham Forest, Anthony Elanga dinamakan sebagai pemain simpanan. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-stadium-brussels
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.095135 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list