CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3683|Reply: 0

Austria sahkan tempat ke Euro 2024

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Austria meraikan kejayaan melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024 selepas menewaskan Azerbaijan 1-0 di Stadium Tofiq Bahramov Republican, Baku awal pagi tadi. – Foto REUTERS

PARIS: Austria mengesahkan tempat ke Euro 2024 awal pagi tadi namun Sweden terlepas peluang ke pusingan akhir buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun pada malam yang mana pertemuan mereka dengan Belgium ditangguh pada masa rehat selepas dua warga Sweden ditembak mati di Brussels.

Kemenangan 1-0 Austria ke atas Azerbaijan, yang diraih menerusi sepakan penalti pemain gantian Marcel Sabitzer selepas Rahim Mammadov memegang bola, cukup untuk menempah tiket ke kejohanan di Jerman tahun depan sekali gus menyingkirkan Sweden.

Aksi Sweden dengan Belgium tidak ditamatkan selepas dua orang, yang dilaporkan media tempatan sebagai penyokong Sweden, maut ditembak di perkarangan stadium.

Belgium meningkatkan amaran keganasannya ke tahap tertinggi apabila seorang lelaki dalam video di media sosial mendakwa dia adalah penyerang dan dia anggota Islamic State (IS).



Dengan keputusan terikat 1-1 pada masa rehat aksi Kumpulan F itu, Sweden meminta perlawanan itu ditangguh. Viktor Gyokeres meletakkan Sweden di depan namun Romelu Lukaku menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.



Penyokong Sweden menanti di bangku penonton ketika aksi kelayakan Euro 2024 berdepan Belgium di Stadium King Baudouin di Brussels awal pagi tadi selepas satu 'serangan' menyasarkan warga Sweden di jalanan Brussels. Perlawanan itu ditangguhkan ketika rehat. – Foto AFP

Belgium sudah memastikan tempat mereka pada pusingan akhir di Jerman tahun depan, manakala Sweden tersingkir.

Virgil van Dijk menyempurnakan sepakan penalti lewat buat Belanda tiga minit pada masa kecederaan untuk meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Greece di Athens.

Denzel Dumfries dijatuhkan dalam kotak penalti untuk memberikan peluang kepada Van Dijk memenangi perlawanan itu dan jurulatih Greece, Gus Poyet kemudian dilayangkan kad merah kerana bantahannya dari tepi padang.

Ia sepakan penalti kedua pada perlawanan itu buat Belanda selepas percubaan penyerang Wout Weghorst diselamatkan penjaga gol Odysseas Vlachodimos.

Perancis sudah layak dari Kumpulan B tetapi Belanda melonjak ke tangga kedua dengan kemenangan itu selepas mengumpul 12 mata daripada enam perlawanan dan dengan berbaki dua perlawanan menentang Ireland dan Gibraltar.



Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) bersaing dengan penjaga gol Bosnia-Herzegovina, Ibrahim Sehic pada aksi kelayakan Euro 2024 di Bilino Polje, Zenica awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Greece turut mempunyai mata sama tetapi bermain lebih satu perlawanan dan bertemu Perancis pada aksi terakhir kelayakan bulan depan.

Ireland menang besar 4-0 ke atas Gibraltar menerusi gol pemain muda Evan Ferguson, Michael Johnston, Matt Doherty dan Callum Robinson namun mereka sudah tersingkir.

Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika Portugal, yang sudah layak dari Kumpulan I, membelasah Bosnia-Herzegovina 5-0 di Zenica. Gol pertama Ronaldo menerusi penalti dan Bruno Fernandes, Joao Cancelo serta Joao Felix turut berada dalam senarai penjaring.

Slovakia berpeluang cerah layak bagi Euro ketiga berturut-turut apabila menewaskan Luxembourg 1-0 menerusi gol David Duris 13 minit sebelum tamat dalam Kumpulan J.

Kemenangan itu menjarakkan jurang lima mata antara pasukan tangga kedua Slovakia dengan Luxembourg di tangga ketiga dengan berbaki dua perlawanan.

Gylfi Sigurdsson menyumbat dua gol ketika pasukan tangga keempat Iceland membenam Liechtenstein 4-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan itu. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... tempat-ke-euro-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.034656 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list