CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3858|Reply: 0

[Johor] Siti Asyriyah, isteri, ibu yang gigih ‘kejar’ ilmu

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode

SITI ASYRIYAH MOHD. SALIHIN diberi ciuman tahniah oleh suaminya, Zakaria Abdullah bersama anak mereka, Adam Zikry dan Aishatul Zara pada Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-24 di Dewan Besar, KYPJ, Kota Tinggi.


KOTA TINGGI: Demi mendalami bidang seni rekaan fesyen yang diminatinya, Siti Asyriyah Mohd. Salihin, 39, sanggup memohon cuti belajar daripada majikannya, Kementerian Pendidikan.

Nyata usaha dan pengorbanan ibu kepada dua cahaya mata  itu untuk mengikuti pengajian Diploma Pentadbiran Fesyen dan Pakaian di Kolej Kemahiran Johor (KKJ) Batu Pahat pada 2018 nyata berbaloi.

Biarpun terpaksa berjauhan daripada suaminya, Zakaria Abdullah yang bertugas di Subang Jaya, Selangor, cabaran yang  dilaluinya turut dijadikan pemangkin semangat untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Sempena Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-24 di Dewan Besar, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), di sini, Siti Asyriyah bukan sahaja diumumkan sebagai penuntut terbaik bagi kursus yang diikuti, malah turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Zulkifly Tahir.

Siti Asyriyah yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor menerima dinar emas, sijil dan piala.

Kini beliau kembali bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Siti Asyriyah menyifatkan anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigihnya dalam mengharungi pelbagai cabaran semasa menuntut selama empat tahun di KKJ Batu Pahat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga, terutamanya suami yang banyak memberikan sokongan selama ini.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pensyarah yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan kepakaran semasa mendidik kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Zulkifly dalam ucapannya berharap semua graduan KPYPJ dapat meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

“Walaupun proses pengajian para graduan telah tamat dengan konvokesyen ini,  namun perjalanan untuk menimba ilmu tidak berakhir dan berhenti di sini. Ini kerana pembelajaran menimba ilmu adalah satu proses dinamik yang berterusan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... g-gigih-kejar-ilmu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.041114 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list