View: 1131|Reply: 0
|
[Johor]
Wanita baru pulih akibat tikaman direman bantu siasatan kes bunuh bekas teman lelaki
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Muar: Seorang wanita yang baru pulih daripada kecederaan akibat kesan tikaman, direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian bunuh membabitkan bekas teman lelaki pada kejadian di Taman Seri Jeram, di sini tahun lalu.
Suspek berusia 41 tahun ditahan kerana disyaki membunuh mangsa berusia 60 tahun selepas kedua-dua mereka bertengkar pada kejadian jam 3 petang, 24 Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, terdahulu, pihaknya menerima makluman berlaku pergaduhan sebelum pihaknya bergegas ke lokasi terbabit.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek turut cedera dengan kesan tikaman sebelum dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.
"Pada jam 7.10 malam semalam, anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan suspek.
"Suspek ditahan selepas sembuh sepenuhnya daripada kecederaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk perintah reman.
Suspek yang berbaju lokap jingga tiba di mahkamah jam 8.15 pagi, sebelum dibawa masuk ke mahkamah.
Majistret Norfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap suspek bermula hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tan-kes-bunuh-bekas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|