View: 1310|Reply: 0
|
[Pahang]
Simpanan lebih RM300,000 lesap ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Kuantan: Tukang kebun berputih mata selepas kerugian berjumlah RM331,478 akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud di aplikasi TikTok.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 54 tahun sebelum itu berkenalan dengan seorang individu melalui Facebook yang menawarkan satu pelaburan di TikTok pada Julai lalu.
Menurutnya, mangsa dimaklumkan hanya perlu mengeluarkan sejumlah modal daripada jumlah barang yang dijual daripada TikTok Shop.
"Mangsa juga diberikan satu aplikasi di mana akan mengetahui jumlah keuntungan pelaburan yang dilakukan.
"Sepanjang tempoh dari 14 Ogos hingga 3 Oktober lalu, mangsa membuat sebanyak 25 transaksi kepada 17 akaun bank berbeza berjumlah RM331,478 menggunakan wang simpanannya.
"Selepas pembayaran dilakukan, mangsa mahu mengeluarkan duit keuntungan, tetapi diminta untuk membuat pembayaran berjumlah RM130,000 dengan alasan untuk bayaran cukai ke atas keuntungan.
"Bagaimanapun, mangsa tidak berbuat demikian kerana berasa ditipu lalu tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menyertai apa-apa pelaburan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laburan-tidak-wujud |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|