View: 1384|Reply: 0
|
[Johor]
Kanak-kanak lelaki ditemukan tidak bermaya, menggigil, bogel, dikurung di tandas-NGO
[Copy link]
|
|
Seorang mangsa penderaan diselamatkan Jumaat lalu di sebuah flat di Taman Pulai Jaya di Pulai di sini. FOTO Mary Victoria Dass
Iskandar Puteri: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai menjadi mangsa penderaan ditemukan dalam keadaan tidak bermaya, dibiarkan berbogel dan dikurung di tandas di rumah keluarganya di Flat Taman Pulai Jaya di Pulai, sini, Jumaat lalu.
Penderitaan dialami kanak-kanak itu berakhir apabila jiran yang bertandang ke rumah itu untuk menumpang barang basah di peti ais keluarga mangsa menyedari perkara terbabit, Khamis lalu.
Jiran itu kemudiannya mengadukan perkara terbabit kepada jiran lain sebelum ia dirujuk ke sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Jumaat lalu.
Pengerusi Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai
N Batma Rajan berkata, dia yang menerima panggilan daripada penduduk di kawasan berkenaan kemudiannya berusaha meninjau keadaan mangsa dan mendapatkan penjelasan daripada penghuni kediaman itu, namun gagal.
Menurutnya, dia serta pengasas I Care Community Centre M Caren Nantheny kemudiannya menghubungi polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, ketika menyelamatkan kanak-kanak itu, mangsa dalam keadaan tidak bermaya, berbogel, menggigil selain terdapat kesan luka pada tubuhnya.
Selain itu, terdapat juga kesan luka atau parut lama selain tapak kakinya cedera atau berair hingga sukar bergerak.
"Ketika diselamatkan, ada seorang wanita berusia 40-an, dipercayai teman wanita bapa mangsa, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak wanita itu berada di rumah berkenaan.
"Bapa mangsa yang dipercayai bekerja sebagai pemandu van kilang pula tiada di rumah.
"Berdasarkan cerita kanak-kanak itu, dia sudah didera lebih daripada enam bulan malah cukup menderita akibat perkara terbabit," katanya, hari ini.
Pada masa sama, menurut Batma, jiran mangsa turut mendakwa sering mendengar mangsa menjerit.
"Mangsa mendakwa dia kerap dikurung dalam tandas dan dihukum dengan alasan bersikap nakal serta gemar keluar rumah.
"Ketika ditanya sebelum ditahan polis, si bapa dan kekasihnya saling menuding jari siapa yang terbabit mendera kanak-kanak itu," katanya.
Caren Nantheny pula memaklumkan, pihaknya turut menghubungi ibu kandung kanak-kanak itu yang tinggal di Kuala Selangor selepas mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Menurutnya, wanita berusia 40-an itu hanya mengenali mangsa berdasarkan tanda lahir di tubuhnya kerana rupanya berbeza berbanding sebelum ini ketika mengunjunginya.
"Wanita itu mendakwa, bekas suaminya membawa keluar mangsa yang juga anak tunggal mereka kira-kira dua tahun lalu sebelum gagal menghubunginya.
"Wanita itu menyatakan, sebelum ini, anaknya itu agak berisi namun kini berat badannya hanya 29 kilogram," katanya.
Caren Nantheny berkata, sepanjang bulan ini, pihaknya menerima tujuh aduan kes dera membabitkan kanak-kanak.
"Kami harap masyarakat peka dengan kejadian seumpama ini dan tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa demi menyelamatkan nyawa dan masa depan mangsa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit.
"Dua suspek ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-bogel-dikurung-di |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|