CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1442|Reply: 0

[Terengganu] Harga ikan di Terengganu turun

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Marang: "Tidak berlaku kenaikan harga ikan di Terengganu, malah harga sumber protein itu semakin menurun," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim.

Menurutnya, harga ikan turun mendadak contohnya ikan selayang kini ada yang jual tiga kilogram dengan harga RM10.

Menurutnya, apa yang berlaku ketika ini tidak pernah berlaku dalam tempoh agak lama dalam konteks negeri Terengganu iaitu harga ikan menurun.

"Walaupun ikan itu dikatakan datang dari Endau, Johor tetapi nelayan Endau datang memukat di perairan Terengganu.

"Cuma hasil dibawa ke Endau dan bawa balik melalui jalan darat ke Terengganu," katanya ketika ditemui pada program X-to-Reef di Jeti Pelancongan Marang, dekat sini, hari ini.

Ditanya mengenai harga ikan di negeri ini, beliau berkata, harga ikan di Terengganu menurun berikutan kedatangan musim tengkujuh.

"Bulan September, Oktober dan November merupakan musim tangkapan meningkat dan musim (tengkujuh) ini ikan-ikan dari perairan laut dalam akan hampir ke kawasan pesisir pantai.

"Banyak spesies ikan yang ditemui di kawasan 10 jam perjalanan, kini hanya tiga hingga empat jam sudah jumpa spesies ini," katanya.

Menurutnya, fenomena seumpama ini berlaku pada musim tengkujuh kerana ia adalah musim ikan bertelur pihaknya menggesa nelayan menggunakan kaedah tangkapan yang tidak merosakkan sumber protein berkenaan.

"Jadi kalau kita gangu bermakna kita menganggu anak-anak ikan yang bernilai tinggi dari spesis gred A seperti kerapu dan merah yang datang bertelur di pesisir pantai," katanya.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr Azman Ibrahim, (tiga kiri) melihat tukun tiruan sebelum dilabuhkan di Taman Laut Pulau Kapas sempena Program X-to-Reef. FOTO NAZDY HARUN

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-terengganu-turun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.277992 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list