CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

Salah membisu isu Palestin, hilang sejuta pengikut di FB

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode

SALAH masih belum menyatakan pendiriannya mengenai Palestin.

Albawaba: Wartawan Mesir Amr Adeeb merayu bintang bola sepak negara itu Mohamed Salah supaya tidak berdiam diri dengan menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin yang kini sedang berjuang menentang kezaliman Israel.

Masyarakat Islam khususnya peminat Liverpool masih menunggu pendirian Salah yang kini berdepan kritikan selepas masih menutup mulut mengenai apa yang berlaku di Gaza.

Menurut Adeeb: "Saya tahu anda mungkin marah dan keliru untuk membuat keputusan dan semua orang sedang menunggu anda kerana anda adalah kebanggaan Arab dan pemegang gelaran ini tidak sepatutnya membiarkan bangsa Arab ketika mereka memerlukan anda.

"Saya tahu anda mempunyai perasaan mulia terhadap rakyat Palestin dan mungkin polisi Liverpool FC melarang pemain menyatakan pendapat politik mereka." .

Katanya lagi: "Mungkin ada arahan daripada mereka yang dekat dengan anda dan mereka beritahu ia bolej jejaskan imej dan menyebabkan anda berdepan masalah.

"Namun percayalah tiada siapa boleh menyebabkan anda bermasalah kerana anda kuat, berbakat dan penyayang, tiada siapa akan marah jika anda tegas dengan keluarga dan agama anda."

Rayuan Adeeb itu susulan laporan media yang mendakwa Salah kehilangan sejuta pengikut di Facebook selepas kempen dilancarkan susulan dia masih membisu dengan isu Palestin dan perkara sama turut berlaku di platfrom 'X' pemain itu di mana ratusan ribu peminatnya tidak lagi mengikuti bintang Mesir itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... juta-pengikut-di-fb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036933 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list