View: 1161|Reply: 0
|
[Kelantan]
Wanita disyaki edar dadah, heroin dan pil yaba bernilai RM199,000 dirampas
[Copy link]
|
|
MUHAMAD Zaki (tengah) pada sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Wanita yang disyaki pengedar dadah ditahan bersama 532.7 gram (g) heroin serta 1,000 biji pil yaba ketika serbuan di sebuah rumah di Lembah Cherang Ruku dekat Pasir Puteh, semalam.
Wanita berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada 9.25 pagi dan sejumlah dadah RM199,000 serta sebuah kenderaan bernilai RM30,000 dirampas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dadah berkenaan ditemukan dalam kereta dan rumah iaitu 94 botol disyaki berisi heroin dan 1,000 biji pil yaba serta sebuah kenderaan dirampas dengan nilai keseluruhan RM229,000.
Menurutnya, wanita berkenaan yang juga penganggur sudah bersuami dan disyaki sebagai pengedar dadah, namun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan.
"Kemungkinan wanita itu adalah pengedar dadah dan dipercayai mempunyai kaitan dengan orang lain.
"Dadah yang dirampas jika berjaya diedarkan boleh digunakan oleh 6,327 orang penagih dadah," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bagi tempoh Januari hingga September lalu berjaya menangkap seramai 12,710 orang atas pelbagai kesalahan.
"Polis juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM65 juta dan menyita aset pengedar dadah lebih RM3.3 juta.
"Selain itu, seramai 52 orang ditahan mengikut Seksyen ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985," katanya.
Pada perkembangan yang lain, Muhamad Zaki berkata, PDRM Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah berjumlah lebih RM90 juta dari 2006 hingga tahun ini.
Menurutnya, dalam tempoh hampir 17 tahun ini, sebanyak 2,368 kertas siasatan dibuka dan berat dadah yang dilupuskan berjumlah 454,291.596 gram atau 454.29 kilogram (kg) dan 2,952.145 liter.
"Pelupusan barang kes ini akan dilaksanakan pada esok bertempat di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-rm199000-dirampas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|