View: 1486|Reply: 0
|
[Kelantan]
Hampir 10 kali disaman, lega dah dapat lesen B2 percuma
[Copy link]
|
|
MOHD Misuari (kiri) beramah mesra dengan peserta MyLesen. FOTO Syaherah Mustafa
Kota Bharu: "Selepas hampir 10 kali saya disaman pihak berkuasa kerana menunggang motosikal tanpa lesen, akhirnya hari ini saya berjaya mendapatkan lesen memandu kelas B2 yang sudah lama saya idamkan," kata Muhammad Rahimi Ismail, 32.
Dia adalah salah seorang daripada 87 peserta MyLesen di Daerah Kota Bharu yang terpilih untuk mendapatkan lesen secara percuma hasil saringan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Akademi Memandu Nasrom (AMN).
Katanya, dia bersyukur memperoleh lesen secara percuma memandangkan hanya bekerja sebagai mekanik yang perlu menyara keluarga termasuk empat anak berusia setahun sehingga lapan tahun.
"Sudah lama saya berhasrat untuk mengambil lesen motosikal tetapi tidak kesampaian memandangkan wang simpanan sering kali digunakan untuk keperluan lain.
"Terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memberi peluang kepada golongan B40 seperti saya untuk mendapatkan lesen secara percuma.
"Insya-Allah, selepas ini saya sudah boleh menunggang motosikal tanpa rasa takut untuk bekerja," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan MyLesen B2 di Akademi Memandu Nasrom, di sini, hari ini.
Sementara itu, bagi Muhammad Aidilfitri Lokman, 22, lesen memandu kelas B2 yang diterima pada hari ini memberi nafas lega buatnya kerana tidak perlu lagi takut untuk menunggang motosikal di jalan raya.
"Saya mengikuti ujian, kelas dan latihan seperti orang lain yang lain bagi mendapatkan lesen ini. Dalam masa yang sama, saya akan pastikan agar apa yang diajar dapat dipraktikkan sebaiknya agar lulus bagi setiap ujian yang diadakan.
"Peluang sebegini tidak akan saya lepaskan memandangkan saya sendiri hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan tidak mampu untuk menyediakan kos mengambil lesen memandu.
"Semoga usaha sebegini akan diteruskan lagi agar golongan seperti saya berpeluang untuk mengambil lesen memandu seterusnya mengikut segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-lesen-b2-percuma |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|