CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 0

[Kelantan] Permohonan permit memandu warga Pakistan naik mendadak - JPJ Kelantan

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Misuari (kiri) beramah mesra dengan peserta MyLesen di Akademi Memandu Nasrom. FOTO Syaherah Mustafa

Kota Bharu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mendakwa berlaku peningkatan lebih tiga kali ganda terhadap permohonan permit memandu antarabangsa membabitkan warga Pakistan pada bulan ini.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya akan membuat siasatan jika pertambahan luar biasa itu ada berkaitan dengan sindiket yang menyalahi undang-undang negara.

Menurutnya, hasil semakan pada laman web rasmi juga mendapati terdapat sehingga 20 permohonan sejak awal Oktober berbanding hanya enam sahaja sepanjang September.

"Sebelum ini kita hanya menerima dua hingga tiga permohonan permit memandu antarabangsa dalam kalangan warga Pakistan.

"Kita mengesyaki ada sesuatu yang berlaku namun siasatan masih dijalankan.

"Semakan awal juga mendapati terdapat nama pegawai dengan jawatan yang sama tetapi orangnya berbeza, seterusnya menimbulkan lagi keraguan di pihak kami.

"Jika terbukti perkara ini berlaku susulan sindiket, kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana kita tidak mahu ia terus berleluasa," katanya dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Lesen Pemandu Percubaan (PDL) kepada peserta MyLesen di Akademi Memandu Nasrom di sini, hari ini.

Di Kelantan, terdapat seramai 900 peserta MyLesen menerima lesen PDL secara percuma membabitkan beberapa kawasan seperti Pasir Mas, Machang, Jeli, Kota Bharu dan Gua Musang.

Dalam perkembangan lain, Mohd Misuari berkata, terdapat 196 kenderaan yang masih belum dituntut yang mana didaftarkan di atas nama rakyat tempatan tetapi disita kerana dipandu warga asing terutama dalam kalangan etnik Rohingya.

"Nama pemilik kenderaan yang tidak dituntut akan disenarai hitamkan kerana kita sudah menetapkan bahawa tindakan bukan sahaja diambil kepada pemandu malah pemilik kenderaan itu sendiri.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memberi sewa atau pinjam kenderaan kepada warga asing terutama mereka yang tiada sebarang dokumen lengkap bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

"Jika disabitkan kesalahan, pemilik kenderaan boleh didenda sebanyak RM2,000, manakala warga asing yang memandu didenda RM4,000 dan jika berulang mereka berisiko untuk dipenjarakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndadak-jpj-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062182 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list