CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1613|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Empat beradik tiada kad pengenalan diminta hadir ke pejabat JPN

[Copy link]
Post time 18-10-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya bagi membolehkan jabatan berkenaan mendapatkan fakta kes dan status sebenar berhubung perkara itu.

Kenyataan JPN hari ini memaklumkan langkah itu juga bagi membolehkan jabatan berkenaan membuat penelitian dan memberikan khidmat nasihat sewajarnya berkaitan prosedur permohonan kewarganegaraan kepada Aziq Fadyan, 24, Azreen Batrisya, 22, Azzahra Batrisya,12, dan Azalea Batrisya, 9.

"JPN meminta agar orang ramai tidak mensensasikan perkara ini kerana ia adalah makluman dari satu pihak sahaja serta boleh memberikan tanggapan yang kurang tepat kepada perkhidmatan kerajaan.

"Proses yang dilaksanakan oleh JPN adalah sentiasa tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang persoalan mengenai kewarganegaraan dan perkara berkaitan perkhidmatan jabatan berkenaan tidak perlu menggunakan khidmat orang tengah atau platform media sebaliknya hadir terus ke 212 pejabat JPN di seluruh negara.

JPN turut memaklumkan jabatan itu akan sentiasa membantu dan memberikan nasihat yang sewajarnya kerana setiap permohonan serta masalah individu memerlukan penyelesaian berbeza.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adir-ke-pejabat-jpn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.039297 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list