CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1690|Reply: 0

[Perak] Koperal polis cedera 'dikapak' lelaki ketika Op Tapis

[Copy link]
Post time 18-10-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Gerik: Anggota polis berpangkat koperal cedera akibat dilibas dengan kapak oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menyerangnya dan seorang lagi anggota di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Bersia, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota polis berkenaan cedera di bahagian bahu serta bengkak di kepala akibat dilibas kapak ketika bergelut untuk cuba menangkap suspek berusia 31 tahun itu.

Ketika kejadian, anggota terbabit sedang menjalankan operasi pembanterasan penagihan dan pengedaran dadah Op Tapis.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata kejadian berlaku ketika koperal polis itu bersama seorang lans koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menjalankan operasi berkenaan sekitar 11.30 pagi.

Katanya, ketika tiba di lokasi mereka terserempak dengan suspek yang sedang menunggang motosikal Honda EX5.

"Suspek kemudiannya memberhentikan motosikalnya lantas memegang masing-masing sebilah parang dan kapak di kedua-dua belah tangannya.

"Suspek turun dari motosikal dan membuang parang ke tanah kemudiannya meluru ke arah anggota polis untuk menyerang mereka menggunakan kapak.

"Kedua-dua anggota polis terbabit cuba menangkap suspek yang bertindak sangat agresif sambil melibas kapak, sebelum libasan terkena seorang anggota," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, keadaan itu memaksa koperal polis berkenaan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri yang mengenai kaki suspek.

Katanya, suspek masih enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan kedua.

Beliau berkata, sejurus ditahan pemeriksaan ke atas badan suspek menemui sepaket lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja selain dua keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine di poket seluar suspek.

"Suspek yang cedera di kaki dibawa polis ke Klinik Kesihatan (KK) Bersia sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Gerik seterusnya ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan.

"Koperal yang cedera turut mendapatkan rawatan di KK Bersia, manakala seorang lagi anggota tidak mengalami kecederaan," katanya.

Zulkifli berkata, kes yang disifatkan pihaknya sebagai 'cubaan membunuh polis' itu, disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960, dan Seksyen 12(2)/6 Akta Dadah Berbahaya 1953.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aki-ketika-op-tapis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.078426 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list