CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 0

[Melaka] Syarikat kedekut, 17 bulan guna bas ‘hantu’ angkut pekerja

[Copy link]
Post time 18-10-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD FIRDAUS membuat pengesahan dokumen LKM dengan seorang pemandu bas pekerja di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Pemeriksaan mengejut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka terhadap pengangkutan pekerja kilang di kawasan perindustrian di daerah ini berjaya mengesan bas ‘hantu’ yang menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) palsu.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, dalam Op Kenderaan Perdagangan Awam itu sebanyak 111 kesalahan dikesan dilakukan oleh pemilik bas dan van pekerja di kawasan Batu Berendam dan Ayer Keroh, pagi tadi.

Ujarnya, sebuah bas pekerja kilang turut dikesan menggunakan LKM palsu sejak 17 bulan yang lalu.

“Hasil siasatan lanjut, bas yang berkapasiti 40 penumpang itu sebenarnya telah tamat LKM sejak 5 Mei tahun lalu, namun pemilik telah mencetak dokumen baharu dengan mengubah tarikh kepada 5 November depan.

“Kesalahan seperti ini adalah yang pertama kali dikesan berlaku di Melaka, namun kita yakin ini kes ini hanya melibatkan individu kerana kualiti LKM dicetak adalah rendah dan sukar dikaitkan dengan sindiket,” katanya pada sidang media di JPJ Bukit Katil di sini, hari ini.

Tambahnya, susulan kejadian itu bas berkenaan telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam operasi itu juga sebanyak 65 buah van dan bas diperiksa dan 21 daripadanya dikenakan kompaun.

“Kompaun telah dikeluarkan mengikut Seksyen 224 dan Seksyen 79 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Antara kesalahannya adalah melibatkan tatakelakuan pemandu, langgar syarat permit dan kesalahan teknikal termasuk tidak mempunyai pemadam api serta lampu brek tidak berfungsi,” ujarnya.

Katanya, operasi Op Kenderaan Perdagangan Awam itu akan diteruskan di beberapa kawasan perindustrian lain bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ntu-angkut-pekerja/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.039843 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list