Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, langkah berkenaan bertepatan dengan inisiatif teknologi hijau yang ditekankan dalam agenda Maju Johor.
“Kita akan mulakan dengan tiga bandar raya tahun depan diikuti oleh PBT, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan seterusnya di peringkat majlis daerah yang dari segi hasil agak kurang namun kita akan tengok untuk fasa yang seterusnya.
“Bagaimanapun, perkara tersebut juga bergantung kepada kekangan bajet, macam hari ini bajet diputuskan tahun lepas, tahun depan diputuskan tahun ini. Sebab itu kebanyakan PBT gunakan kaedah sewa beli, sewa bayar secara bulanan dan kalau ada kerosakan, penyelenggaraan di peringkat Sime Darby.
“Sebenarnya bentuk sewa ini bagus kerana apa sahaja kerosakan akan ditanggung oleh pihak pembekal di peringkat awal dan mungkin di masa akan datang, di peringkat PBT itu sendiri dah pandai selenggara...barulah putuskan untuk pembelian,” katanya.
Mohd Jafni (tiga dari kiri) menyaksikan majlis penyerahan EV kepada MBIP.
Mohd Jafni berkata demikian pada sidang media sempena majlis penyerahan EV kepada MBIP pada Rabu.