CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 0

Messi sahkan tidak tinggalkan Inter Miami

[Copy link]
Post time 19-10-2023 10:42 AM | Show all posts |Read mode

LIONEL Messi. FOTO AFP

Lima: Pemain berstatus bintang Inter Miami, Lionel Messi mengesahkan bahawa dia tidak akan dipinjamkan pada musim sejuk ini ke kelab luar negara.

Ia adalah tahun yang sukar untuk Messi, yang membantu Paris Saint-Germain (PSG) merangkul kejuaraan Ligue 1 sebelum berehat dua bulan dan kemudian tiba di Amerika Syarikat untuk penampilan sulungnya di MLS pada Ogos lalu.

Messi menjaringkan satu gol dan dua bantuan dalam lima perlawanan MLS sejak menyertai Miami. Dalam 13 perlawanan di semua pertandingan untuk kelab itu, Messi meledak 11 gol dan lapan bantuan gol.

Terdapat laporan menyatakan Messi berkemungkinan akan berhijrah ke Liga Pro Saudi musim sejuk ini atau berpotensi kembali ke bekas kelabnya, FC Barcelona.

Kini, satu-satunya perkara yang mahu difokuskan oleh Messi adalah aksi akhir musim menentang Charlotte FC, Sabtu ini.

"Saya akan berlatih, bermain perlawanan akan datang dan akan cuba untuk menyertai semula pasukan kebangsaan dengan situasi terbaik pada bulan November," kata Messi dalam bahasa Sepanyol selepas Argentina mengalahkan Peru 2-0, semalam.

"Selepas itu, saya akan menikmati percutian di Argentina. Ini kali pertama saya akan mendapat lebih banyak cuti pada bulan Disember untuk menenangkan fikiran bersama orang yang saya sayangi.

"Pada Januari, saya akan kembali (ke Miami) sekali lagi untuk aksi pramusim, bermula dari awal dan melakukan persediaan seperti biasa sebaik mungkin," katanya lagi.

Pada November, Argentina yang juga juara bertahan Piala Dunia, akan bertemu Uruguay dan Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ggalkan-inter-miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.572382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list