CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 558|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Zoo Negara dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 19-10-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular di TikTok menunjukkan keadaan ketika banjir kilat di zoo negara, semalam.

Kuala Lumpur: Zoo Negara dilanda banjir kilat lebih satu jam bermula 5 petang semalam.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana bagaimanapun berkata, banjir kilat pada petang semalam itu tidak seteruk seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan semua haiwan berada dalam keadaan selamat.

"Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia.

"Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita.

"Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mengulas lanjut, Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan akibat banjir kilat yang berlaku di Zoo Negara juga dijalankan pada malam tadi.

"Zoo Negara sudah dibersihkan sehingga jam 11.30 malam. Saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan siap," katanya.

Beliau turut memaklumkan Zoo Negara dibuka pada hari ini dan ia beroperasi seperti biasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilanda-banjir-kilat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.125788 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list