CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Saman pemandu lori tindakan sah

[Copy link]
Post time 19-10-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Tindakan saman diambil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap pemandu lori yang melakukan kesalahan adalah berlandaskan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Ahli Bersekutu Keselamatan Jalan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkata, peraturan diwujudkan untuk menjaga keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

"Saya sangat bersetuju dan sependapat dengan Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan yang menegaskan bahawa salah tetap salah.

"Operasi penguatkuasaan yang dilakukan JPJ terhadap kenderaan berat adalah berlandaskan prosedur dan akta sedia ada di bawah jabatan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Lokman yang menegaskan bahawa tindakan saman terhadap pemandu kenderaan berat dalam operasi penguatkuasaan ketika ini dilakukan berlandaskan prosedur dan undang-undang sedia ada.

Ia susulan beberapa wakil persatuan dan pengusaha lori di beberapa negeri yang menghantar memorandum sebagai protes terhadap operasi penguatkuasaan yang dijalankan agensi itu.

Pihak terbabit turut menyerahkan beberapa tuntutan termasuk menuntut kerajaan supaya mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan dan lebih bertimbang rasa kepada pemandu lori.

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Marwan berkata, tindakan mengadakan bantahan dan memorandum kepada pihak berkuasa untuk memberi tekanan supaya dibenarkan perkara menyalahi undang-undang adalah sesuatu yang tidak wajar.

Katanya, budaya menghantar memorandum untuk menyatakan tidak setuju mengenai penguatkuasaan undang-undang tidak sepatutnya diamalkan di negara ini.

"Pandangan saya ini sememangnya tidak akan disenangi sebilangan kecil masyarakat terutama pihak yang terbabit isu ini.

"Pandangan saya ini tiada kaitan dengan 'bodek' atau seumpamanya. Ia adalah semata-mata bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya mematuhi peraturan serta undang-undang sedia ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-lori-tindakan-sah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.050138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list