CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Kelantan] Guru besar didakwa guna jawatan untuk terima suapan

[Copy link]
Post time 19-10-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode

ZAILANI (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas 10 pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapat suapan sebanyak RM8,032.30 antara Januari 2021 hingga Julai 2022. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang guru besar sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 10 pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapat suapan sebanyak RM8,032.30, antara Januari 2021 hingga Julai tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Zailani Harun, 56, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan jawatan sebagai seorang pegawai badan awam untuk mendapat suapan dengan memilih syarikat milik isterinya untuk membekalkan termasuk barangan, pesanan dan pejabat sekolah dengan jumlah antara RM290 hingga RM1,026 dengan nilai keseluruhan RM8,032.30.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah sekolah di Tanah Merah di sini antara 10 Januari 2021 hingga 5 Julai 2022.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob mencadangkan jumlah sebanyak RM10,000 untuk semua pertuduhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berkenaan memandangkan dia sudah berkhidmat selama 33 tahun dan mempunyai empat anak yang masih bersekolah serta menjaga ibu bapa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diberi jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 November depan sebagai sebutan semula kes.

Tertuduh kemudian membayar ikat jamin yang ditetapkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-terima-suapan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044369 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list