View: 774|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Jam berharga RM570 je, beli di GPO
[Copy link]
|
|
RAKAMAN gambar mendakwa pegawai polis wanita memakai jam tangan mewah yang sebenarnya cuma berharga RM570. Gambar kecil menunjukkan bukti resit pembelian. FOTO tular dan Ihsan Polis
Kuala Lumpur: Jam tangan dipakai pegawai polis wanita yang didakwa mewah hanya bernilai RM570 dan dibeli dari sebuah premis di Genting Highlands, Pahang.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati jam tangan mirip jam mewah itu di beli di Genting Premium Outlet (GPO).
"Pihak JIPS sudah membuat siasatan, hasil siasatan pegawai wanita berkenaan menyerahkan resit pembelian dan membuktikan jam terbabit bernilai RM570.
"Pegawai kanan wanita itu berkhidmat di Pulau Pinang dan sudah diberi bukti pembelian dan punca kewangan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, masyarakat diminta untuk tidak membuat tuduhan melulu sehingga menyebabkan kegentaran awam.
"Saya minta supaya masyarakat di luar sana memeriksa terlebih dahulu sebelum menularkan perkara sebegini.
"Sebarang aduan memang kita akan siasat, masyarakat juga dialukan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak kami dengan cara yang betul," katanya.
Terdahulu, tular satu gambar yang mendakwa seorang pegawai polis wanita memakai jam tangan mewah ketika sidang media kejayaan polis di Pulau Pinang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m570-je-beli-di-gpo |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah
tajam betol mata masyarakat nihh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|