View: 6612|Reply: 0
|
[Selangor]
Papan iklan gergasi haram rupanya!
[Copy link]
|
|
KAKITANGAN Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama agensi berkaitan merobohkan 23 papan iklan haram yang dipasang sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam operasi bersepadu. FOTO Ihsan MPHSS
Hulu Selangor: Sebanyak 23 papan iklan gergasi yang dipasang sepanjang Lebuhraya PLUS secara haram dirobohkan dalam operasi bersepadu Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di daerah ini, minggu lalu.
MPHS kenyataannya memaklumkan, operasi bermula 10 Oktober itu dijalankan susulan syarikat papan iklan gagal mematuhi arahan notis merobohkan binaan itu dalam tempoh 30 hari.
"Pihak yang terbabit dalam operasi ini adalah Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan dan syarikat kontraktor.
"Struktur papan iklan haram yang diroboh akan disimpan di dalam stor sebelum dilupuskan," katanya tadi.
MPHS berkata, notis merobohkan papan iklan gergasi itu dilakukan mengikut Seksyen 72 (6) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Pada masa sama katanya, tindakan berterusan akan diambil sekiranya syarikat papan iklan ingkar dan gagal mematuhi notis dikeluarkan MPHS.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rgasi-haram-rupanya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|